20081119

Surat untuk emak #001

Mak,

Mak tengah tidur sekarang.
Memang hari hari mak tidur awal, sebab esok mak nak kerja, bangun pagi2 sebelum subuh.
Mak masuk kerja pukul 7.30 pagi. awal kan.
Mak tetap kerja walaupun mak sakit.
Mak sakit gatal-gatal yang sangat teruk.
Dah lebih 3 bulan mak sakit.
kadang-kadang mak menangis tak tahan.
Tapi mak tetap buat kerja rumah macam biasa..
Mak dah jumpa ramai pakar, tapi diorang semua tak tahu mak sakit apa.
Orang tahu memang 'dia' buat mak.
Dia nak mak menderita, sakit dan mati.
Dia taknak mak bahagia.
Dia memang setan, sebab setan kan selalu tak nak orang lain hidup bahagia.
Orang janji kalau orang tahu siapa yang buat mak, orang tikam dia sampai mati.
Biarlah orang mati, tapi orang tak nak mak mati..
Mak selalu mintak injection untuk kurangkan gatal dari doktor.
Doktor cakap, tak boleh selalu inject sebab nanti tulang reput..
Tapi mak cakap, mak tak ada pilihan lain sebab mak sakit sangat.
Orang faham, orang kesian tengok kaki mak bengkak dan merah merah..
Mak inject jugak walau mak tahu nanti tulang mak reput.
Orang taknak mak pergi dulu, tapi orang tak boleh nak halang mak ambil injection tu.
Orang nak mak hidup bahagia.
Walau orang tahu, keluarga kita tak bahagia macam orang lain, orang janji satu hari nanti orang akan bahagiakan mak.
Mak tahan lah, tak lama lagi je orang nak kerja..
Mak doalah lagi.
Orang pun doa, semoga mak sihat semula.
Orang sekarag tengah nangis.
Kalau mak pergi dulu, orang mesti tak boleh nak hidup lagi..
Orang sayang mak.
Walau mak selalu marah marah, orang tak kisah.
Orang nak mak sihat je..
Orang sayang mak sorang je..
Orang menangis gila gila sekarang ni, takut Tuhan ambil mak dari orang.
Tapi orang tak tahu nak buat apa..


Orang nak sembahyang dulu, doakan mak..

Mak, janji jangan tinggalkan orang.. Orang nak doa kat Tuhan, sihatkan mak balik.. macam dulu-dulu..
Balas perbuatan orang yang buat mak jadi macam ni..


........

;'{

5 comments:

♥ juhairah ♥ said...

my dear ena.. kuatkan smangat ok.. hope xde pape lah.. be strong tau

Aida Zahrol said...

babe...hope your mother cepat sihat yer... :(

Pretty_Leeya said...

kamu..sbr ye..doa byk2..sy simpati kt kamu..

alia amirah said...

sedeynye.lia pn rase sebak smcm after bace this entry.
no worries, everythings will turn out fine.insyaAllah.
dang, dh la homesick ni.
nk umiiiiiiiiiiiiiii.
:(

.m a r y n n a.® said...

terima kasih kawan kawan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...