20081121

9 sebab kenapa melayu tak boleh jadi James Bond

Aku belum lagi sempat menonton filem 'Quantum Of Solace', tetapi menurut cerita dari rakan-rakan memang filem yang amat menarik. Aku sebenarnya dari zaman kanak-kanak lagi gemarkan filem risikan dan agen-agen rahsia (bukan merisik untuk bertunang) dan espionage, dan ya, hanya Sean Connery yang merupakan James Bond sejati pada aku . Tak silap aku, filem pertama James Bond yang aku lihat di panggung wayang (dan ingat-ingat sedikit) ialah 'For Your Eyes Only' dengan lagu temanya dendangan Sheena Easton. Walaupun begitu salah satu memori terawal aku ialah menonton watak penjahat bergigi besi bernama 'Jaws' di panggung wayang, jadi mungkin aku pernah menonton samada 'Moonraker' atau 'The Spy Who Loved Me' terdahulu.

(Oh ya, lagu tema filem James Bond kegemaran aku ialah 'The Living Daylights' dendangan A-Ha. Dan mungkin juga 'A View To A Kill' dendangan Duran-Duran.)

Apa-apa pun matlamat nukilan hari ini ialah untuk memberikan 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond.

1. Melayu Suka Berahsia Tetapi Tidak Pandai Simpan Rahsia.
Aku rasa industri perisikan satu dunia ini berasaskan satu konsep, iaitu keupayaan untuk menyimpan/menghantar/menjual maklumat rahsia dan sensitif. Sekarang kita lihat sahaja Harian Metro. Penuh dengan berita-berita peribadi yang mengaibkan, lagi-lagi selebriti murahan dan ahli politik. Lagi pun kita semua memang gemar mendengar perkara yang sepatutnya dirahsiakan. Macam siapa main dengan siapa, laki siapa yang keluar dengan bini siapa, laki siapa yang keluar dengan laki lain, siapa yang bayar duit kepada siapa, benda-benda macam tu-lah. Aku tidak hairan kalau Melayu yang jadi James Bond sudah pasti keesokan harinya terpampang di muka depan suratkhabar segala apa rahsia kerajaan kita semua. Tapi itu mungkin perkara yang baik pun. Cuma bergantung kepada nilai wang ringgit rahsia itu bukan?

2. Martini Yang Digoncang, Bukan Dikacau (Martini, Shaken, Not Stirred) Itu Haram.
Takkanlah kamu pergi ke tempat-tempat ekslusif di French Riviera atau Monte Carlo dan kamu pergi ke bar dan memesan, "Bang, fresh orange satu?". Aku rasa pada saat dan ketika itu pastinya identiti kamu sebagai perisik dari Malaysia yang jual rahsia kepada Harian Metro akan terbongkar serta-merta. Akibatnya pasti kamu dibunuh atau sekurang-kurangnya diseksa dengan menonton kesemua episod 6 musim Akademi Fantasia. Sekaligus.

3. Kasino Dan Perjudian Haram.
Kalau kamu menonton 'Casino Royale', James Bond dengan selambanya menggunakan duit kerajaan British untuk berjudi demi tugasan rahsianya. Bukan itu sahaja malah pegawai yang ditugaskan dari Kementerian Kewangan pula ialah seorang wanita seksi dan mengancam yang tidak suka memakai coli (sarung tetek kata orang tua-tua). Kalau agen rahsia kita yang pergi mesti fikir dua tiga kali untuk melangkah ke dalam kasino. Dan sudah pastinya akan terfikir untuk ke kasino sambil berbaju batik berlengan panjang macam semasa latihan espionage dulu di Genting Highlands. Kalau ada pegawai Kementerian Kewangan kita pula yang ikut sudah tentu pegawai yang ditugaskan seorang makcik bertudung yang memakai lencana nama berwarna hitam. Jangan haraplah kalau dihantar untuk masuk ke dalam kasino yang penuh dengan perjudian, arak dan seks bebas (menurut Harian Metro).

4. Seks Bebas Juga Haram, Bukan?
Semua pasti tahu bahawa James Band ialah seorang Player (Cerita Lain). Seks dan nafsu digunakan semata-mata untuk menyelesaikan misi. Banyak masalahnya kalau agen kita yang menjadi James Bond. Satu, agen kita pasti kacak macam Daniel Craig, jadi sudah tentu amat sukar untuk menggunakan seks sebagai taktik. Mesti ramai yang tidak berselera pun. (Orang kita kalau kacak paling kuat cita-cita pun hendak berganding dengan Nasha Aziz di dalam siri drama 72 episod. Tak akan ada yang ingin jadi agen kerajaan.) Dua, kalau kacak pun, bukan tentu agen-agen serta pegawai-pegawai yang kita hantar itu sukakan perempuan pun.

5. Proton!
Hendak buat kereta tahap konsumer pun masih terkial-kial selepas 20 tahun, inikan pula kereta khas untuk perisikan yang penuh dengan fungsi dan senjata tersembunyi dan kalis peluru pula. (Macam Batmobile dulu) Aku rasa paling kuat pun kalau kita ada James Bond fungsi tercanggih Kereta Perisik Nasional merupakan Keupayaan Untuk Buka/Tutup Pintu Tingkap Tanpa Tersangkut. Memang tak akan ada Kereta Perisik Nasional yang boleh jadi kapal terbang/kapal selam/belon/helikopter. Kalau hendak gunakan kereta import pula susah nanti, satu Dewan Rakyat kecoh pasal peruntukan/kos penyelenggaraan/AP.

6. Identiti Palsu Amat Terhad.
Dengan rupa sawo matang kita, memang sukar untuk agen kita low-profile. Sebab kita turun lapangan terbang mana pun, nama kita yang ada perkataan 'Bin' itu sudah pasti menyebabkan sedikit kesukaran akibat 'ancaman keselamatan'. Untuk menggunakan nama 'Carlos Valderrama' atau 'Bebeto' (orang Amerika Latin ada rupa Melayu apa?) di dalam passport pula susah, nanti orang kampung ingatkan kamu murtad. Kalau guna nama Mat Salleh memang 100% kantoi. Kamu ingat ada orang akan percaya ke bila lelaki rupa Melayu pakai passport di bawah nama 'John Holmes' atau 'Ron Jeremy'? Sudah tentu tidak.

7. Tidak Cukup Peralatan Khas.
Kalau James Bond ada watak 'Q'nya yang membekalkan segala apa peralatan rahsia sebagai alat komunikasi, senjata atau alatan perubatan, kita ada apa?

Setakat remote control Astro tidak ke mana. Kalau hendak harapkan satelit-satelit Measat untuk komunikasi pun aku rasa agen rahsia kita kena 'beratur' dan tunggu giliran di belakang quota penggunaan Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile dan macam-macam lagi. Kalau musuh kita letupkan semua Measat-Measat kita (tidak silap aku ada 2? Betulkan aku jika salah, ya?) memang habis terkandas agen rahsia kita. Takkan nak tulis dan hantar surat pakai Pos Malaysia?

8. Satu Malaysia Akan Tahu Identiti Agen Rahsia Kebangsaan.
Ya-lah, mestilah bangga, ada anak jati kita yang berjaya menjadi Agen Rahsia. Sudah tentu akan ada lintas langsung hari Ahad ketika rancangan Nona, ala-ala perkahwinan-perkahwinan glamour selebriti kita. (Itu pun kalau Astro Awani tidak ambil dulu.) Memang sah akan terpampang muka agen rahsia kita di mana-mana, yang sudah tentunya dipilih melalui undian SMS. Apa-apa pun aku rasa agen rahsia kita mungkin akan menjadi kaya akan menjadi duta produk itu dan produk ini. Mungkin atas sebab ini agen rahsia kita tiada sebab untuk dilaporkan ke BPR sebab sudah cukup gajinya.

9. Kita Mungkin Cukup Belanjawan Untuk Satu Orang Agen Sahaja.
Mestilah, sebab aku rasa belanja untuk latihan sahaja sudah berjuta-juta. Akan wujud Pusat Pra-Latihan Agen Rahsia yang pastinya akan dibina di lokasi eksklusif di United Kingdom (atas dasar perkongsian teknologi), kemudiannya Pusat Latihan Asas Agen Rahsia Kebangsaan di lokasi rahsia yang tidak boleh dikemukan (Langkawi. Sebab bebas cukai) dan tidak lupa juga Pusat Latihan (Dan Convention Hall) Lanjutan Agen Rahsia Kebangsaan di Putrajaya. Selepas agen rahsia kita terbunuh ketika melakukan tugasan (akibat keracunan makanan di Dubai) sudah tentu kecoh satu Malaysia tentang program agen rahsia kita di suratkhabar, dan akibatnya satu program ini dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dari segi latihan (sebab gunakan pelatih sukarelawan) dan bangunan (kandungan pasir lebih dari simen dalam bancuhan konkrit). Tamat cerita.

Jadi, memang sahlah Orang Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond, bukan?


Disclaimer : Entry ini adalah hak cipta terpelihara Melayu Minimalis, kalau kau nak jadi cool juga sila melawat ini.


chiow!

Kudos buat pencinta bahasa


Amaran : Entry ini akan membuat kau mual ketika membaca, sila jangan baca jika kau senang untuk muntah. uyeh.



Lama sangat rasanya tidak mendengar pujian sebegitu. Suatu ketika dahulu mungkin ya. Saban hari rasanya setiap kali kelas Bahasa Malaysia bermula aku rasa sangat adrenalin. Halwa telinga aku sangat sejuk mendengar pujian sebegitu. Mungkin kau akan rasa sebegitu untuk kelas yang kau suka kan?


Aneh.


Suka Bahasa Melayu? Iya, bagi aku bahasa melayu itu indah. Ada seninya yang tersendiri. Bagi aku, bahasa melayu tidak seperti bahasa inggeris,susah untuk pandai cakap tapi senang nak master bila dah pandai cakap. Bahasa is different, jika kau pandai berkata kata belum tentu lagi kau faham seratus peratus tentang bahasa melayu. Pendek kata, ia memang mudah untuk dipelajari dan dipetuturkan,namun amat sukar untuk menjadi master dalam bidang bahasa.


Salutasi kepada ahli satera.


Tengok sahaja kepada tatabahasanya, sangat teratur namu sedikit kompleks. Dengan hanya hadir ke kelas tatabahasa, belum tentu tatabahasa kau itu betul. Salah. Bagi aku, setiap butir pembelajaran aku dalam bidang itu amat bermakna. Terima kasih buat Cikgu Zaileena, guru bahasa melayu aku ketika UPSR dahulu. Beliau banyak mengajar aku tentang bahasa. Mungkin seawal usia muda dua belas, anak anak kecil sebayaku tidak akan faham tatabahasa sekompleks bahasa melayu, lantas tatkala kelas itu bermula, mereka akan melakukan pekerjaan lain atau bersembang sesama sendiri. Tapi tidak aku, aku suka. Aku sangat suka Bahasa Melayu. Entah, mungkin itu adalah aku.



Aku tidak pernah kagum jika kau boleh menulis entry di dalam bahasa inggeris dengan baik. Bagi aku sudah tersalu banyak sepahnya didalam dunia. Apatah lagi di dalam dunia blogger ini. Jika kau rasa aku akan bangga dengan kau hanya dengan kau menaip entry menjunjung bahasa penjajah itu, kau silap. Ya, mungkin aku paranoid, tapi itu adalah aku.
Saban hari dunia aku dihadapan papan kekunci ini adalah untuk membaca web log yang menggunakan bahasa melayu uang indah. Aku kagum dengan mereka.



Tahun 1998.


Aku masih ingat lagi. Setiap kali cikgu bagi karangan untuk disiapkan, aku pasti akan menjadi seorang yang paling tekun. Aku akan cuba buat sehabis baik, memerah otak untuk mengeluarkan ide bernas untuk sebuah esei. Aku puas jika dapat menulis tentang apa sahaja yang bermain di minda aku. Mungkin itu satu bentuk salutasi terhadap diri aku. Biasanya, aku akan siapkan esei tersebut sebaik waktu tamatnya subjek bahasa cikgu Zaileena. Aku hantar. Seminggu selepas itu cikgu akan memulangkan semula karangan tersebut. Aku rasa hormon adrenalina semakin berkocak.


"Baik, hari ni cikgu akan pulangkan esei kamu, tapi seperti biasa, cikgu akan bacakan karangan terbaik. Cikgu nak kamu contohi karangan ini."

"Siapa rasa dia punya, selepas saya baca ini sila bangun"



Kaget.


Waktu itu aku rasa semua muka memandang aku namun hakikatnya tidak. Cikgu pun terus membaca rangkap demi rangkap menjamah badan penulisan aku itu. Seawal usia dua belas, aku rasa aku cukup hebat menulis. Sekali sekala cikgu menjeling kearah aku sambil tersenyum. Di akhir pembacaannya, cikgu menyuruh siapa yang terasa itu tulisannya sila bangun. Aku tahu itu adalah hasil penulisanku. Aku pun bangun. Terkebil kebil seolah mahu diberi trofi tetapi tidak pula. Namun bagi aku, itu sudah cukup buat aku gembira sampai tak lalu makan. Dan situasi itu berlaku beberapa kali didalam kelas Bahasa Melayu, cikgu kerap memuji aku dan hasil penulisanku. Seronok kan kalau kena puji. Kau bagitahu aku orang gila mana tak suka kena puji. Cepat.


Aku rasa mungkin itu sahaja yang aku hebat. Selain itu, aku rasa bahasa sangat dekat dijiwa aku. Aku juga beberapa kali participate dalam pertandingan bahas dan syarahan. Mungkin sebab itu aku suka politik. Kau pernah tak rasa seronok bila cikgu cakap:


"Marina, awak kena kalahkan sekolah bestari tu, saya tahu awak boleh buat"

- Kau mesti seronok bila jadi aku sebab berjaya kalahkan sekolah bestari, pemenang 3 kali berturut turut pertandingan perbahasan peringkan negeri


"Kenapa bukan marina yang jadi emcee?"

- Cikgu Sundusiah, cikgu sejarah, dia memang suka bila aku buka mulut, kecewa agaknya kalau bukan aku yang emcee, haih

"Marina, betul tak ni?"

- Tiada apa yang leboh seronok melainkan apabila cikgu yang tanya kau pasal tatabahasa, kan kan?



Iya, aku seronok. Tapi aku tak akan lupa pada cikgu Rusnah Jamali, beliau banyak membantu aku untuk penjadi seorang pengarang yang baik. Beliau yang selama ini banyak memberi dorongan kepada aku agar terus menulis. Kadang kadang beliau suruh aku buat text, katanya untuk bakal pengganti aku untuk syarahan dan debat jika aku meninggalkan sekolah selepas tamat tingkatan lima nanti. Cikgu Rusnah pun selalu buat aku semakin bersemangat untuk meneruskan hari hari dalam hidup aku yang penuh dengan seribu satu dugaan.

Cikgu, cikgu ingat tak?

" Marina, awak ni kompleks, susah nak faham. Jika orang lain tengok alas meja cikgu ni kuning, diorang tak akan cakap apa apa, tapi awak akan tanya kenapa warna dia kuning, bukan warna lain? "

*senyum*

Aku demam dan terus berfikir

Demam akibat jangkitan bos tempat kerja aku menyebabkan aku tak dapat nak pergi kerja hari ni.. Sebenarnya memag dah 2,3 hari rasa macam tak sedap badan tapi kerja jugak lah tak tahu nak buat apa kat rumah. Macam hari ni, aku macam orang gila tak tahu nak buat apa. Bosan nak mati.
Aku pun masak. Ya, aku masak. --'

Setan.


Semalam aku mimpi macam apa. Memang tidur aku tak pernah lena. tak pernah puas. Tak tahu kenapa.. Mungkin itu satu dari nikmatNya yang aku tak dapat nak nikmati.. Apa apapun, hari ni aku macam biasa lakukan kerja rumah macam suri rumah selalu buat lahh. bosannya entry kali ni kan.


Tadi aku tengok kat fecebook. Profile kawan kawan. Tengok diorg happy je. Party, club lahh.. Holiday lah.. Mandi pantai lahh. Macam macam.. Chill. Kadang aku terfikir, diorang ni ada masalah tak? Pernah ke diorang ni rasa macam mana hidup susah ea? Macam hari hari hidup diorang untuk enjoy je. Aku pun macam eager nak tahu. Parent diorg coool gila kan. Tapi aku macam nak jadi macam diorang kadang kadang. Enjoy jea. Keluar sana keluar sini. Chill sana chill sini. Macam tak ada masalah. Mungkin juga merea ada masalah, tetapi masalah kecil yang tak perlu lah nak difikir panjang. Sama ada hal teman lelaki atau kawan kawan.


Ahh, itu masalah biasa.



Tapi tak boleh jugak kan? Asyik enjoy je pun tak boleh. Sebab 80 peratus kawan kawan aku semua tu bukan pandai sangat dalam pelajaran.. Mungkin sebab mereka terlalu enjoy sampai lupa tentang apa yang sebenarnya mereka cari dalam hidup.


Haih.

Fikir.

Fikir lagi.

Tetap tak serupa.

Ya.

Mungkin itu yang membezakan aku dengan mereka.

kan?

;)

Manifestasi klinik untuk halusinasi

Baiklah kawan-kawan, hari ini saya akan bercakap mengenai halusinasi. Pada dasarnya halusinasi merupakan bentuk yang paling kerap dihidapi oleh manusia hasil dari gangguan persepsi. Harus kawan-kawan ingat, halusinasi ini terjadi dalam satu figurasi tetap iaitu suara. Pada pendapat saya, setiap manusia punya daya halusinasi tersendiri, namun ia berbeza dari segi adaptasi bagi setiap individu. Ya, memang kita punya kuasa halusinasi tertentu, namun jika kita terlalu obses dengan daya figurasi ini, ia akan menjadi suatu masalah yang kritikal sehingga kita berupaya berkata-kata dengan daya itu bahkan terdapat patient yang bisa bertegang urat dengan daya tersebut.. Konsepnya sangat mudah, sama ada kita yang mengawal daya tersebut atau sebaliknya. Jika kita berjaya kita tertanya daya halusinasi tubuh kita tidak akan berupaya mengawal perbuatan kita. Namun jika sebaliknya, daya itu akan menguasai kita.




Persepsi manusia merupakan respon dari reseptor sensoris terhadap stimulus esksternal dan juga pengenalan dan pemahaman terhadap sensoris yang diinterpretasikan oleh stimulus yang diterima. Jika kita diliputi rasa kecemasan yang kirtikal maka kemampuan untuk menilai realiti dapat terganggu. Persepsi mengacu pada respon reseptor sensoris terhadap stimulus. Persepsi juga melibatkan kognitif dan pengertian emosional akan objek yang dirasakan. Gangguan persepsi dapat terjadi pada proses sensori penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan pengucapan.
Oleh sebab itu, penghidap halusinasi kritikal biasanya tidak dapat mengawal keadaan oleh kerana gangguan reseptor tersebut. adi gangguan persepsi adalah ketidakmampuan manusia dalam membezakan antara rangsang yang timbul dari sumber internal seperti fikiran, perasaan,
sensori somatik dengan impuls dan stimulus eksternal. Dengan maksud bahwa manusia masih mempunyai kemampuan dalam membandingkan dan mengenal mana yang merupakan respon dari luar dirinya




Bagi orang yang normal, biasanya dia mampu untuk membezakan antara dua rangsangan tersebut. Antara fiktif realiti atau fantasi, manusia sewajarnya dapat gambaran jelas tentang perbezaannya. Penyebab halusinasi kritikal secara spesifik tidak diketahui namun banyak faktor yang mempengaruhinya seperti faktor biologis , psikologis , sosial budaya,dan stress. Tapi aku rasa penyebab utama adalah stress. Kalau kawan kawan perasan, kebanyakan pesakit ini selalunya akan ditempatkan di hospital pakar sakit jiwa yang mana pesakit akan menerima kaunseling bersama psychiatrist. Namun kebiasaannya pesakit halusinasi kritikal
ini amat sukar pulih seperti keadaan normal. Mereka akan kerap ketawa, menangis dan berkata kata sendirian seolah oleh mereka sedang berkata kata dengan seseorang, namun hakikatnya tidak.


Berikut merupakan sebahagian dari manifestasi klinik atau petanda seseorang penghidap halusinasi kritikal.


Tahap I

° Menyeringai atau tertawa pada tidak tentu masa, apa jua keadaan
° Menggerakkan bibir tanpa menimbulkan suara
° Gerakan mata yang cepat
° Respon verbal yang lambat
° Diam dan dipenuhi sesuatu yang mengasyikkan dalam minda

Tahap II

° Peningkatan sistem saraf otonom yang menunjukkan ansietas misalnya
peningkatan nadi, pernafasan dan tekanan darah
° Penyempitan kemampuan konsenstrasi
° Dipenuhi dengan pengalaman sensori dan mungkin kehilangan kemampuan
untuk membezakan antara halusinasi dengan realiti


Tahap III

° Lebih cenderung mengikuti petunjuk yang diberikan oleh halusinasinya dari
pada menolaknya
° Kesulitan dalam berhubungan dengan orang lain


So guys, which part are you in?

20081119

Surat untuk emak #001

Mak,

Mak tengah tidur sekarang.
Memang hari hari mak tidur awal, sebab esok mak nak kerja, bangun pagi2 sebelum subuh.
Mak masuk kerja pukul 7.30 pagi. awal kan.
Mak tetap kerja walaupun mak sakit.
Mak sakit gatal-gatal yang sangat teruk.
Dah lebih 3 bulan mak sakit.
kadang-kadang mak menangis tak tahan.
Tapi mak tetap buat kerja rumah macam biasa..
Mak dah jumpa ramai pakar, tapi diorang semua tak tahu mak sakit apa.
Orang tahu memang 'dia' buat mak.
Dia nak mak menderita, sakit dan mati.
Dia taknak mak bahagia.
Dia memang setan, sebab setan kan selalu tak nak orang lain hidup bahagia.
Orang janji kalau orang tahu siapa yang buat mak, orang tikam dia sampai mati.
Biarlah orang mati, tapi orang tak nak mak mati..
Mak selalu mintak injection untuk kurangkan gatal dari doktor.
Doktor cakap, tak boleh selalu inject sebab nanti tulang reput..
Tapi mak cakap, mak tak ada pilihan lain sebab mak sakit sangat.
Orang faham, orang kesian tengok kaki mak bengkak dan merah merah..
Mak inject jugak walau mak tahu nanti tulang mak reput.
Orang taknak mak pergi dulu, tapi orang tak boleh nak halang mak ambil injection tu.
Orang nak mak hidup bahagia.
Walau orang tahu, keluarga kita tak bahagia macam orang lain, orang janji satu hari nanti orang akan bahagiakan mak.
Mak tahan lah, tak lama lagi je orang nak kerja..
Mak doalah lagi.
Orang pun doa, semoga mak sihat semula.
Orang sekarag tengah nangis.
Kalau mak pergi dulu, orang mesti tak boleh nak hidup lagi..
Orang sayang mak.
Walau mak selalu marah marah, orang tak kisah.
Orang nak mak sihat je..
Orang sayang mak sorang je..
Orang menangis gila gila sekarang ni, takut Tuhan ambil mak dari orang.
Tapi orang tak tahu nak buat apa..


Orang nak sembahyang dulu, doakan mak..

Mak, janji jangan tinggalkan orang.. Orang nak doa kat Tuhan, sihatkan mak balik.. macam dulu-dulu..
Balas perbuatan orang yang buat mak jadi macam ni..


........

;'{

Betul, tak tipu

Kau pernahkan, attend satu party atau lebih specific, birthday party. Kadang-kadang kan ada clown dekat situ, mean untuk hiburkan kanak-kanak dekat situ.. Kau tengok mesti dia akan pegang belon kurus-kurus panjang tu, untuk buat bunga ke, topi ke, pistol ke, senapang ke..
Pernah tak? Kalau kau tak pernah tengok pun dalam real life, dalam tv pun selalu ada kn.. Kau mesti macam teruja je tgok badut tu twist the balloon sampai create satu benda yang bagi orang biasa macam kita ni kira teruja jugak lah kan..

Kita mesti ngeri punya tengok badut tu twist belon2 tu sebab bunyi dia ngilu gila.. Sampai kadang-kadang mata kita pun kita kecilkan sebab takut belon tu meletup.

Damn,

Hari ni aku belajar jadi macam badut tu, dan aku pecahkan 7 biji belon kurus tu untuk buat bunga.


=.=

Rock the world 8




Waa...rakan2, sebelum ni saya tengok update bittersweet, diorg perform, ttbe dlm flyer tak ada..
Jom aje lah..
Stadium Merdeka..
;)

20081118

Ecetra etc..

Selamat malam kawan..

Selamat datang hari esok.

Mimpi indah ya?

:)

20081117

Aku rasa makin lama makin jengkel

Pernah kau rasa tiba2 kau suka je orang keep on jealous kat kau? Memang itu yang aku rasa. Kadang2 aku rasa macam kepuasan tahap maximum bila ada orang sanggup stalk aku dengan bangganya menaip nama marina bakri di carian google.. Memang impressive. Aku bukan macam melayu minimalis, blogger anonymous yang terkenal atau pun fynnjamal, namun kadang2 kau pun tahu lah, for some reasons, ada orang akan dengki dengan kau.. Macam contoh kalau kau cantik, lepas tu boyfriend kau pulak kacak sial, mestilah orang dengki.. Atau pun kau pandai gila, lepas tu aset bapak kau pulak macam perdana menteri, mesti orang dengki punya.. Atau yang lebih popular, bila kau adalah bekas kekasih kepada kekasih baru seorang awek tu, mesti awek tu kata kau bitch. ala.. biasalahh..


Tapi bila kau tak tahu sebab apa orang nak dengki, atau stalk kau mesti kau rasa macam nak lempang dinding kan? Atau pun orang tu tengah salah sangka kat kau, mesti kau rasa macam nak explain dalam melodi kan? itu yang aku rasa sekarang.. Sebab aku tak faham dengan seorang minah kat facebook ni kan, dia add sebab nak stalk. watefish kan. Mungkin dia fikir aku ada scandal dengan bf dia ni.. tapi dia silap kot.. Tu mungkin cerita lama, atau mungkin juga lelaki tu memang tak berminat dekat kau.. So, stay away je lahh kan.. Kau jangan buat sampai orang lain jengkel atau ia akan jadi lebih parah bila lelaki tu sendiri yang jengkel.. Aku tak salahkan kau, mungkin kau insist kan perhatian.. Tapi macam jalan yang kau ambil tu salah.. Kau kena banyak belajar hati kaum adam ni, kadang2 aku pun tak faham, dan malas sial nak faham.


Aku cakap ni sebab aku tahu macam mana sakitnya hati bila kita bertepuk sebelah tangan.. Aku pun kesian kat kau jugak.. Aku tahu kau punya 1001 cara nak pikat hati dia.. Satu yang aku nak cakap, aku memang tak pernah pun nak ada relationship dengan dia.. memang tak ada dowhh.. kau tak payah nak stalk atau kau nak perli2 aku bila aku komen dia dekat fb. tu memang nampak gila macam kau annoying gilaa.. sumpah -- aku tahu dia tengah benci. betul. benci. Mungkin juga kau perlu fikir cara lain. reverse psychology ke? kau mesti pernah belajar kan? Tak payah berlajar lah, aku pun budak teknology, bukan human sciences. Ini yang abah aku cakap common sense.. Kau boleh fikir cara yang lebih matang untuk pikat dia, tunjuk kan kau memang betul2 nak masuk 22 tahun depan.. Tolong jangan tunjukkan perangai dua belas tahun kau depan aku, sebab aku rasa macam nak tampar diri sendiri -- kenapa lah aku kena berhadapan dengan benda bodoh ni..


Aku pernah rasa macam nak mati bila kita je yang bagi hati kat orang lain tapi orang tu sikit pun tak suka kita. Sama ada dia memang anggap kau kawan je atau nak gunakan kau, itu kau sendiri kena nilai.. Berhenti berharap pada sesuatu yang tidak mungkin akan jadi milik kita.. Kalau kau nak jadi macam aku pada waktu ni, kau teruskan la perbuatan bodoh kau tu. Atau kau boleh tahu siapa diri aku sebelum ini jika kau rajin membuka lembaran silam ini. Ya, masa ni memang aku jadi hamba pada seorang lelaki yang sebenarnya tidak ada sezarah rasa sayang pun pada aku.. Aku silap. Aku tak nak kau akhirnya akan menulis entry ni pada dia.. Tolong berhenti.. Tiada guna kau berharap pada sesuatu yang tidak pasti..


Tolong tunjuk kan pada aku yang kau sekarang tengah buat degree dalam bidang sains, atau aku akan terus menampar dinding.


Stop stalking him, and pretend like you're fucking caring.
Enough girl..

This fucking love sucks poem, i dedicate for you


Testify against my love
All that matters is the sky above
Dying like a Shakespeare play
Love sucks so now you're free to say...

Unexpected words
Sounds like a stone
We'll never be the same again
This is a song about my pain

Arrows straight inside my heart
Tear apart my flesh and blood
Worms will crawl into these wounds
Love sucks, there's nothing I can do


Softy love is killing me
Too much pain to feel
You'll never see me crying'
Cause I'm far away from you
To never understand my life
The things I've done for you
Alone, speaking to this room
Love sucks, I wanna hate you

Aku rindu semua ni



Rambut panjang ketika badan masih kurus





Melihat betapa kurusnya dia.., tubby jue fighting! aiyak!

Waktu ini, ketika spending time dengan hot babes dengan badan yang sangat kurus..


Okay, untuk lebih jelas.

Aku sudah overweight macam perempuan lepas bersalin.


--'

20081116

Tiada nikmat seindah tidur

Ketika jam menunjukkan 12.30 minit pagi, aku baru sahaja mandi kedua dalam hari ini.. Aku cakap, memang sumpah benci bila kena pretend rajin buat kerja depan boss. All that I can say is that -- dammn. Kau boss, duduk HQ sudah lah.. tak payah nak tunjuk rajin turun padang kemas2 kedai sampai buat semua orang terasa macam kena simbah cat kat muka.. Lepas tu dahla gila kedekut.. aku rasa kau untung bulan pun berpuluh ribu, tak kudis pun kalau aku terbuang helium tu sikit.. memang spesis mata sepet macam tu kann. Nasib baik Sherleen tu kahwin dengan James, kalau tak aku rasa memang dia pun akan jadi bossy tak tentu pasall.. tolong lahh, aku tak nak kerja makan gaji lepas grad nanti boleh tak? -- boleh.



Aku baru je sampai rumah pukul 11.30 malam tadi, tu pun lepas ada suara ngeri dihujung talian.. Suara ni akan biasa kau dengar bila kau keluar dengan aku dan balik selepas pukul 9 malam ke atas.. memang ngeri, sumpahh.. Hari ni pun penat macam aku kerja dekat F&B 10 jam.. nak pijak lantai punn sakit gila kaki.. Memang lah, lepas kerja tadi, tak sempat makan malam ape segala aku dah pergi One Utama untuk Flyniversary.. Nasib baik Pijie keluar awal, kalau tak mesti aku tertido tengah2 crowd tu.. -- dem lagi, Piji nyanyi 2 lagu je? what the fish? Dah lah ramai budak kenit.. bukan kecik, kenit.. Mak ayah kau tak marah eh join benda2 macam ni.. Gila coool nye mak kau.. macam ni lah Malaysia Merdeka.. Aku pun tak pernah rasa balik malam2 masa sekolah dulu, tapi sekarang memang dunia dah maju.. Teknologi dah canggih, fikiran mak ayah pun dah canggih jugak, cayalah!


Dengan pergaduhan, budak kenit dan ditambah dengan bau arak yang semerbak ke tengah crowd, aku sedikit sebanyak dah terasa macam berada di tengah2 kota London, Riverwind Casino atau The Eagles Club menyaksikan Colbie Caillat ataupun Seconhand Serenade beraksi..
Mungkin aku yang kolot atau dunia yang sudah moden -- aku pun tak pasti.. Yang aku pasti, benda ni tak sepatutnya berlaku.. Entahlahh.. aku konservatif ke? tapi kau rasa tidak.. ya, aku dah tampar muka aku, memang tidak.. aku berada du dunia nyata..Dunia yang tak membezakan arak halal untuk siapa.. Namun, aku kena terima, takkan aku nak robohkan pulak T.G.I Friday a.k.a booth arak tu kann kann kann.. layan kan sudahh..


Apa-apa pun, Pijie -- kau memang kacak tadi..

----


Ye ke? Tak apa, gua chiow dulu.
Amacam ganaz tak?
--'

20081114

Kalau macam ni hari-hari, sumpah aku berhenti belajar, jual belon je!

Sampai rumah 9.30 tadi, mandi dan terus membuka lembaran hati ni.. :)


Hari ini merupakan hari kedua aku bekerja bersama pasangan James & Sherline.. Iya, kalau kau tak pernah tahu, mat salleh memang sangat friendly.. and first impression aku terhadap cina dah salah.. Setahu aku, aku memang dilahirkan untuk menjadi racist.. Aku selalu paranoid dengan cina, especially bila dia selalu nak underestimate melayu.. Walaupun aku tahu melayu memang malas dan bodoh, tapi tak bermakna, kalau ada satu hari duapuluhempat jam, setiap satu saat tu kau nak pandang rendah kan? kau kena admitlah kadang2 kau pun buat silap.. Bila teringat balik cina dekat digital mall masa aku apply nak jd cashier hari tu bengang je.. Pandang aku mcm aku bodoh je.. Sebelah mata pn tak nak pandang.. Damn, aku memang racist! aku benci cina macam tu.. then sebelum aku blah lepas isi form tu aku saja je bakar ni..


..."I am actually doing degree currently, but I'm now on my semester break. So, if you dont mind, you can contact me if you really need an assistant.. Ohh, not to forget, I am majoring in COMPUTER SCIENCE so, computer is actually my daily 'supplement'.. Thank you.. "


Saje je aku nak malukan cina tu.. Demmit, ingat semua melayu yang apply cashier dekat kedai komputer tu bodoh ke.. lu silap lahh babe...


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Aku sepatutnya cerita pasal balloon aku lahh,.. ok, lepas beberapa kali belon meletup depan muka aku, aku dah mula get used to it.. Tadi aku peegi hantar bouquet of balloon dekat customer.. Dalam bouquet tu adalah dalam 6biji belon comel2, get well soonn.. Guess what, balloon tu was ordered by Miza, one of the regular customers kat kedai tu.. dia kerja dekat Naza Moto kat branch pj.. Dia pun beli belloon tu untuk SM Faizal, anak Tan Sri Naza, o.k, owner and founder of Naza Motor tuu...aku pun lepas deco2 sikit balloon tu gerak lah pergi Specialist Hosp. kat Damansara.. hotel 5 star kot.. then masa nak deliver tu, pergi lahh receptionist tu, dia cakap.. oowhh, bilik ni tingkat 4, ni orang besar ni.. anak Tan Sri S.M. Nasimuddin ni.. aku pun temptedd gilaaa!! Masa naik lift tu gila keen nk tgok muka diaa kann! Kecut2 dah pankreas aku..


Sekali masa nak masuk bilik tu, aku macam culture shock jap.. Wad dia mcm suite, kalau hotel tu kira 6 star laahh.. Siap ada kusyen, tv, meja makan.. Bilik pun carpet je.. pintu pun kayu siap ada kunci lagi.. kira aku bertuah gilaa babe dapat masuk tgok dia depan2! sumpahh kau mesti dengki kann.. Dia sakit, tak tahu lahh sakit apa.. kesian duduk dalam wadd..tapi wad mewahh, kalau aku rasa macam nak sakit hari2 jea.. haha..dia pun sangat friendly.. senyum je..omg!! hensem kot!! rasa macam nak kontrol2 japp.. ececeh.. rasa nak buat muka paling comel yang aku pernah buat selama aku hidup 21 tahun ni! memang cairr okay.. hensem.. ulangg.. hensem! waaaa... rasa macam nak duduk japp sembang2.. mintak no fon ke.. hahaa.. ntah pape..



Sumpah weh,
kalau hari2 aku hantar belon jumpa spesis mcm ni,
Hensem, kaya pulak tu..
Baik pulak..



Grr..


Aku dah tak nak sambung belajar..


Hantar belon je...




Tapi dah ada wife lahhh..


sexy plak wife die tu..

--'

20081113

Nasib baik belon bukan fear factor aku

Pagi tadi hari adalah pagi pertama aku sebagai penghias belon. Kawan2, balloon decorator! --'
ok, aku ingat kedai tu kedai bodoh2 macam kedai souvenir murah atau pun yang korang lebih familiar, kedai dua ringgit.. tapi seriously aku silap, the shop is the Party Shop where all people come if they like to organize an event, typically a birthday party.. Percayalah kau orang, 1 person might spent 3000 just for celebrating their new born baby , omg how complicated people are! Latex ballon memang boleh buat duitt!!



Mula aku pusing2 kedai tu dgn Shirleen dan spend more than two hours teaching pasal stuffs dalam tu, from tic tac, invitation card, ballon, costum, banner and some benda mengarut ada dalam kedai tu...and the best part was, bila dia ajar aku mcm mana nak inflate ballon dengan helium.. omg, this is seriously pengalaman kawan! seronok gilaaa... all type off ballon ada, and sekali sekala James takutkan aku buat2 bunyi meletup, demmit, mmg sangat ngeri bagi orang yang takut ballon. sumpahh! Shirleen cakap tomorrow and Saturday we're going to be tremendously busy.. Banyak event from company and party all around KL.. and tomorrow aku akan inflate more than 100 ballons and do some decoration untuk those event.. and i tell you what, customers were very fussy.. seboleh2 nak deco paling unik kat dunia ni yang orang lain tak pernah buat.. regardless the price, diorang sanggup spent beratus2 untuk decorate ballon sahaja.. sungguh pelik manusia..

Tengok semua ni, aku dah boleh buat ok!





Sekarang aku tahu buat bunga, hati, pokok dengan daun2 guna ballon,
kau orang boleh tak?

<3

20081112

Kau semua jangan tiru macam ni, bahaya

Ok. Hari isnin bermula lah cuti semester aku. Seperti biasa, orang boleh jadi gila kalau duduk rumah berminggu2 tanpa aktiviti berfaedah kan. Sama lah macam aku, sebab aku pun orang normal juga, kawan2.. Lantas pagi isnin hari tu aku dengan gagah nya (gagah sebab bukan senang seorang marina nak bangun pagi) aku bangun pukul 8 pagi untuk mencari part time nye kerja.. Kau tak payah baca kalau kau malas sebab cerita ni memang bosan dow..

Okay,

Aku bermula dekat ss14 PJ, ala..yang dekat jaya one tu. The first lucky shop was Watson, hello..hello.. and seorang minah ni keluar (kalau kau pergi Watson2 mana2 kat PJ ni aku rasa memang staff tak ada kat kaunter gamaknya), hmm..ada part time tak dekat sni? Seorang lagi minah keluar...dup..dup.. ehh, marina kan? -- ok, time ni aku speechless, kenapa nak jumpa school mate aku kat sini pulak kann.. Marina, sini tak ada vacancy lah, tapi u pegi Amcorp atau PJO i rasa ada..Ohh, yea ke, alright then, nnt aku pergi usha sana ehh.. Eh, tapi isi lah form dulu, mana tau ada nak pakai orang nnt ke, i'll call u -- ok, thank you.. Bye bye,,


Then aku pun keluar pegi King Confectionary kat situ.. Bro tu masa aku isi form punya lah peramah, dik, kau pernah keje F&B ke.. ok, aku jawab pernah.. dua tahun kot, macam2 manusia dah aku jumpa..sembang puna sembang bro tu mmg dah confirm nak amik aku kerja, dia siap cakap g, keje sni ada lebih 1000 jenis roti dan kek, staff tak ramai, abang memang nak amik kau pun..esok datangg, jangan tak datang, nnt abg kol, kau balik dulu...tapi gaji kat sini 3.74 satu jam, 1st jam pertama tu kira 2.5 je...(gila kedekut!) ok chioww..


Then aku jalan masa nak masuk kereta, ada satu kedai ni, party shop, ballon bouquet nama kedai tu. Ada adv nak pakai part time, then aku saja je masuk, sbb for sure dia tak kan amik melayu kalau kedai2 gift macam tu, plus masa aku masuk tu mat salleh kot owner die! sorry dude, my england isnt so good, hahahh.. --' aku isi form, and the Chinese girl and the mat salleh said, they willl give me a call soon..then aku blah lahh..


Ok, im heading to Amcorp mall selepas beberapa shop kat fourteen to aku apply keje,, penat isi form je, dari 7E sampai kedai ubat cina aku masuk, semua nak isi form..macam aku nak kerja lama sangat.masuk amcorp je aku trus apply Watson.. dia cakap nak pakai full time, aku pun dgn slumber, -- Iya, saya nak apply untuk full time lah ni.. --'


Balik ke rumah -- 3.30pm


Lama tunggu, Kedai kek tu tak call2 pun, damn lahh.. at last tunggu punya tunggu Watson amcorp tu yng call dulu..aku pun, ok esok saya datang 9.3pg..



Esoknya aku pn pergi lah kerja Watson, minah kerja situ ok lahh.. But sorry kawan, i am totally not friendly, apatah lagi dia sibuk nak tanya bf aku pakai kereta apa, what the fish? kebetulan 1st day aku masuk, stock pn datang kann, stor dah la besar.. nak susun barang.. dammnn penat gila babi.. satu kotak tu bukan barang yang sama.. barang sepah2.. kena pusing2 tempat yang sama cari kat mana dia display benda tu, tak ke ntah ape2? boleh tak bagi barang tu susun ikut dept.. mmg warehouse ok! minah tu sibuk cerita ada ramai yang kerja 1st day dah berhenti.. time break blah.. bla2.. sebab penat.. aku pun dengar je lahh.. penat tak ingat.. aku kemas barang tu sampai nak muntah,, pusing2 dalam kedai yang besarr! sampai pukul 2 aku berhenti.. minah tu cakap, tkpe lah kak.. kite break dulu lahh.. aku pun cepat2 amik beg sme aku blahh.. die cakap, knp bwak beg ni.. jangan lah lari..hahaaa.. mcam taw2 je.. tak lahhh break je.. *gosh*


tengah break tu aku tgok hp maxis ada 6 missed call celcom ada 4 missed call.. aku return call tgok bro kat kedai cake tu.. pastu dapat pulak kerja yang aku apply kat job street tapi jauh gilaa..
Ampang.. lepas tu semua call plak kan suruh aku kerja tmpat diorg..ok aku trus blah dr watson.. balik rumahh.. dalam dilema kott!! tetiba mr. Tony call.. tmpt kerja lama aku ljs. Marina, how are you? jom lah kerja, demi u i bayar 4 ringgit 1jamm.. ok tak? aku pun pk2 then setuju.. suppose aku masuk kerja pukul 12 td kat midvally.. and ttbe aku dapat msg, from colene, "marina, I am colene from Party Shop, pls reply me when u can start to work"..aku tak reply.. dah confirm nak kerja kat ljs ni!



Esok nya... hr ni lahh


Aku dah semangat iron bj semua nak kerja kt ljs ni..Then tgh2 iron bj, Chinese girl from party shop tu suruh aku dtg kerja.. aku cakap, sorry miss, i got another job.. dah 11 lebih, ttbe abang aku tak boleh nak hantar! dammit! aku msg tony cakap tak dpt dtg kerja, ..tony cakap its ok.. u can give me a call anytime.. Fuck, kenapa susah sangat aku nak decide ni..Masa tu aku rasa nak tampar muka orang pun ada.. aku call yus and trus heaading to 14, cari kerja balik at 1pm.. rasa sux macam loser sial..ok, aku kalini decide nak kerja kt 14, at least boleh pergi balik sama dgn yus..pusing punya pusing, isi form itu ini.. at last aku give up.. aku call colene td..

Err, hello Collene, I am Marina...

Yes, marina, are you willing to work with me?

Yes, I supposely working at another place but due to some transportation problem cancelled the plan..

It's okay, you work with me, ok? you sounds cheerfull and suitable to work at Part shop.. hahahaa, *laughing*

okay.. hahaa.. *tak ikhlas, sumpahh*


And aku headed to that PARTY SHOP, and James, the mat salleh owner said,,


Heylo maoriena,

Yow cann starts thomorroww at tien until sevon..

Ohh, alright mr James!

No, u caoll me James, no Mr. James :)

and the best part was

I am willing to pay you 4.5 per hour


daaa..daa..

boring kan!?

;p

20081109

Hari ni habis

Hmm, exam dah habis..tadi last paper.. aku tak tahu apa yang aku jawab sebab aku tak habis baca.. Dalam otak aku ada 1001 benda tgh berjoget mengacau tumpuan aku.. Aku makin rimas.. Dan aku tak tahu sampai bila aku harus dibayangi rasa itu.. Tadi aku rasa aku jawab exam macam orang bodoh..Aku nampak manusia no 2 paling aku benci dalam dunia ni.. Aku rasa macam nak bunuh dia masa tu jugak..Ya, memang aku senang di eksploitasi oleh minda aku sendiri.. Ya, aku memang tak kuat.. tak kuat langsung..Aku rasa tadi nak buat2 jalan sebelah dia, buat2 terjatuh lepas tu hold tudung dia then aku tarik sampai koyak tudung dia;



mom cakap, memang orang takkan gelakkan aku sbb aku jatuh. Memanglah, orang akan gelakkan dia, bukan aku.. tapi aku masih waras. sekejam aku kat muka bumi tuhan ni, aku tak akan sama sekali tikam kawan aku, apatah lagi kawan yang aku yang paling rapat.. Tapi sbg insan biasa yang kenal erti dendam, aku memang sukar nak maafkan perbuatan kau dan engkau.. kau memang terlalu kejam.. Pulak tu tadi seat aku depan sekali dalam hall yang boleh memuatkan lebih 1000 orang..Damn, macam mana tu? tak penah dowh!



Ok, tumpuan aku kini lain.. Dalam masa cuti yang singkat ni, aku nak cari kerja.. Aku punya banyak impian yang mungkin pada mata kau bodoh. Tapi tidak aku.. Jika 7 jam aku menghabiskan masa surfing bukanlah semata2 facebook dan blog.. Mungkin kau tak macam aku.. Aku remaja berwawasan yang tahu sukarnya mencari sekeping lima puluh sen.. Aku paranoid.. Pada aku remaja yang suka membuang masa untuk network friend dan chatting tu bodoh.. Pada aku remaja yang tidak pernah tahu menghargai sehelai wang kertas koyak itu miskin.. Pada aku remaja pada dasarnya wajar memikirnya corak hidupnya akan datang.. Bukan bersuka ria menghabiskan wang ayahbonda dan menangis di hujung talian pada hujung minggu untuk meminta wang.. Bagi aku, wang memang berharga walaupun bukan segalanya.. Aku seronok jika kau berfikiran seperti aku.. Aku bangga kau kawan aku..


Hidup aku kosong.. Bagi aku punya ramai teman itu menyusahkan.. Bukan menyenangkan. Aku selesa dengan hidup aku sekarang.. Aku tak punya banyak masa mencari kenalan itu ini, semata2 untuk populariti.. Harga menjadi sahabat aku, pada aku memang tidak ternilai.. Untuk berkongsi rahsia apatah lagi.. Bagi aku, hidup susah memang mengajar aku untuk jadi lebih matang.. Mungkin pada kau berbeza.. Bagi aku tidur itu bukan untuk membuang masa, tapi kadangkala, aku tidak dapat seminitpun berehat walaupun sedang tidur.. Otak aku ligat berfikir itu ini.. Keluarga, wang dan masa depan.. Masalah masa lampau aku cuba padam tapi sukar.. Bukan aku suka hidup dalam kenangan tapi ia tiba2 muncul dalam fikiran. Pada aku, jika aku boleh lihat dia mati, aku sudah cukup puas hati.. Aku puas.. Aku memang kejam, tapi dia 1000 kali lebih kejam dari aku.. Maafkn aku, aku tak mungkin maafkan kau..

Ya, aku rasa aku akan nampak tua sebelum tiga puluh..

=.=

20081106

Rasa itu kian bernanah di hati

Aku tak tahu kenapa.. Sama ada aku perlu ungkapkan rasa ini atau tidak..

Aku tidak pasti..

Yang nyata, seperti yang pernah aku ungkapkan sebelum ini, setiap insan punya hak untuk mengekspresi riak..Makin lama perasaan ini semakin bernananh, menjahit di lubuk hati..
Aku cuba untuk bangkit, untuk tidak memberi sekelumit ruang buat rasa itu bertuhan di dalam hati. Namun semakin aku biarkan semakin ia bertambah rumit. Lantas aku biarkan ia bermonolog sendirian, terkadang ia menyalahkan diriku, ya, aku tahu...aku sedar..

November 2008

Bulan ini genap satu tahun satu tahun tujuh bulan aku di tempat itu.. Tempat itu punya banyak kenangan.. Disitu lah tempat aku mengenal diri aku yang sebenar..Tempat dimana aku berusha tekun, memuja bahasa penjajah demi segulung kertas buruk.. Namun itulah hakikat hidup, tiada pernah kenal erti jalan pintas, tiada pernah menoleh kebelakang memimpin aku yang masih bertatih di dalam hidup ini.. Aku seperti biasa disini.. Aku bangun tidur dan selesaikan tanggungjawab aku demi kertas itu..Demi kedua ibu bapa aku.. Aku bukan orang senang, bukan boleh bersenang lenang pergi ke disko atau bercuti bersama teman2 dan menghabiskan wang ayahbonda.. Aku orang sederhana.. Aku orang biasa..


Kadang kala aku menyalahkan takdir..Mengapa semua ini aku perlu rasa.. Mengapa tegar tuhan menguji aku sehebat ini..

Teman,

Pada saat ini, aku hanya punya kalian.. Tempat aku untuk meluah semua rasa yang terbuku dihati..Tempat melepas kasing sayang, masalah, tawa tangis semua bersama kalian.. Aku tidak punya ramai adik beradik tempat untuk aku bermanja, ketawa dan bercerita.. Aku hanya punya kalian untuk aku ganti tempat kosong itu.. Lantas, pada kalian kadang kala aku terlepas laku. Aku marah, aku tunjuk perangai tidak sopan, aku mengada, aku annoying, aku semua lahh..
Kawan2..kau tolong aku.. biarkan saja aku.. jangan kau layan, jangan pula kau menyimpan perasaan.. Aku tidak akan lupa tanggal Februari 2008 di waktu aku diuji hebat oleh Nya.. Aku tidak penah lupa kalian tetap teguh di belakangku..kalian tetap berada disisi aku.. Aku tidak perna lupa..dan aku.. tidak SAMA SEKALI akan lupa..



Sewaktu aku tidak punya wang, kalian banyak membantu.. Ketika aku menangis, kalian tempat aku mengadu..Ketika aku punya rasa tidak puas hati pada seseorang, kalian akan tetap berkata, "betul..dia memang macam tu.." Kalian tetap dipihak aku mesti pun aku yang sebenarnya salah..
Ketika satu ketika dahulu aku pernah ditikam sehingga berdarah, kalian juga yang merawat luka itu.. Ketika aku tidak punya kenderaan, pada kalian tempat aku minta pertolongan.. Aku menyusahkan kalian pada banyak hal, sedikitpun tidak pernah kalian merungut.. Mana mungkin aku akan lupakan sahabat semulia kalian?


Kawan,

Kau semua tahu perangai aku.. PERANGAI aku.. kadang kala aku terlepas laku.. Justeru aku banyak menyakitkan hati kalian.. Aku cuba untuk jadi teman sebaik teman di muka bumi ini, namun aku rasa aku gagal.. aku ingin terus menangis.. ingin aku kabarkan pada kalian semua tentang jahatnya aku, kau bunuhlah aku kawan-kawan... Aku juga tidak tahu mengapa, yang pasti aku sedih dengan apa yang aku rasakan sekarang.. Seolah jarak kita semakin jauh terbelakang..

Aku tidak mungkin akan dapat bertemu kawan sebaik kalian dimuka bumi ini lagi.. Aku cuma ingin kalian tahu.. aku berlapang dada setiap hari jika kalian minta pertolongan daripada aku.. Aku rasa gembira dapat membantu.. Pada saat kalian memerlukan aku untuk berkongsi sedih, aku mahu menjadi bahu tempat kalian menangis,, pada aku, budi yang telah kalian taburkan tidak mungin berbalas apatah lagi untuk aku tanding.. Aku cuma sayangkan kalian.. Kalian sahaja..


Disini, di blog ini..andai satu hari kalian membaca, aku ingin kalian tahu bahawa aku amat memuja kalian.. Berkongsilah segala denganku seperti dulu.. Buat lah aku ketawa riang gembira seperti selalu.. Aku ingin memohon seribu keampunan sekiranya aku pernah melukai hati kalian.. Tersangat jahil diri ini andai melepaskan kawan seperti kalian.. Aku ingin memohon maaf sekali lagi.. Pada cerca nista seandainya pernah aku terlepas kepada kalian.. Pada umpat keji seandainya pernah aku taburkan.. Pada riak muka yang menyakitkan hati kalian.. Pada kata-kata kesat seandainya pernah kalian terluka.. Pada bicara yang merobek rasa dan jiwa..
Aku memang bukan sempurna.. sayangi aku seperti aku menyayangi kalian... aku anggap kau semua seperti adikberadikku sedarah sedaging seibu sebapa.. aku tidak akan pernah berkira pada keringat yang pernah aku pinjamkan.. Pada ilmu yang pernah aku kongsikan.. Pada wang yang pernah kalian pinjam, pada apa segala yang pernah datang dariku... semua aku halalkan..
Aku juga harap begitu.. terlalu banyak rasanya budi kalian yang sukar untuk aku balas..




Maafkan lah aku pada semua silap salahku..Seandainya ada kalian tersinggung.. aku sama sekali tidak berniat.. apatah lagi merancang untuk menyakiti hati kalian.. sesungguhnya, kita hanya punya kurang dua tahun untuk hidup bersama..selepas itu, tiada lagi aku ketika bangunnya kalian diwaktu pagi.. tiada lagi aku menjadi teman untuk bercerita.. Pada ketika itu.. semua akan hanya tinggal kenangan.. Tiada lagi gelak ketawa kita ketika makan bersama.. Tiada lagi suara jue menyanyi, tiada lagi kedengaran suara mom minta tolong urutkan badan.. tiada lagi suara anis mengajak aku makan.. semuaa pasti aku akan rindukan.. dua tahun hanya singkat.. Lantas pada sakit baki persahabatan masih ada..aku ingin kita teguhkan ia lagi.. Kita pahatkan lagi kasih sayang agar ianya menjadi karang persahabatan yang terukir indah dilubuk sanubari.. Maafkan aku kawan, seandainya aku tersalah arah, kau bimbinglah aku.. andai aku tersalah kata, kau maafkanlah aku.. hanya kurang dua tahun kawan.. aku pasti akan rindukan saat bersama kalian satu hari nanti..



Juhairah, Anis & Liana Nabila..
Bicara ini aku titip buat kalian..

Maafkan aku diatas segala ketelanjuran.. Aku sangat menyayangi kalian..



Seandainya pena itu lebih memberi makna,
Biarkan ia terus bicara..
Marina,
2.11 pm
6 November 2008
--'

20081103

Sakit hati

1. Carry mark java aku rendah macam sial.. sebab group mate tak hantar 3 out of 4 requirements untuk final project.. orang lain dapat 4.55/5 group aku dapat 0.9/5..agak sakit hati lahh!!! masalahnya bukan tak buat or tak siap before the date line, tapi sebab tak hantar, tak hantarr!! shit.

2. Kiran masuk Hot.fm, apsal hot ni mcm sial sangat ha? dah la DJ semua over acting, nak kutuk Allah's creatures, budget best lah tu...boleh blahh.. ingat dj hot best ke.. kutuk2 each other budget kelakar lahh? damn, i'd rather listening to Fly.fm.. demmit HOT.FM.



kau yang menggoyangkan pokok,
mengapa di salahkan angin?


Ena,
7.37 pm

Pernah tak kau rasa mcm ni

Aku selalu cakap pada diri aku, ah tak payah peduli orang suka kita ke tak. tak payah concern what people think about us. tak perlu risau apa yang seseorang label tentang aku. satu yang aku tahu, aku punya sekurang-kurangnya seorang iaitu kawan yang cukup percaya pada aku, itu sudah satu penghargaan besar buat diri aku. Aku tak perlu menjadi menagih sepuluh engkau untuk percaya dan suka pada aku. sense of ignorance itu, sudah biasa..aku sudah jelek. Namun memang aku insan normal yang kadang2 ter saiko dengan spesis ini.. dan kadang2 rasa nak hentak kepala dekat dinding sebab aku jelek dengan mereka2 ini.

Aku adalah aku. Bagi aku, seseorang itu bisa mengekspresikan raut mereka tentang sesuatu yang kurang menyenangkan atau menjengkelkan pada sesiapa dan bila-bila masa. Pada aku, itu hak asasi manusia. Dan pada aku juga, setiap sesuatu itu ada hadnya. Kau tak boleh sesuka hati tunjuk muka mintak penampar tu pada orang2 yang kau tak suka. natural saja itu sudah memadai.. Kau tak perlu tunjuk pada semua orang yang diri kau hebat dengan masuk ke tempat orang dengan tidak bagi salam..itu mak aku cakap biadap..

Kau mesti ada orang yang kau tak suka kan? tipu lah kalau kau cakap tak ada..Dan aku, memang ada, dan memang ramai..menjadi seorang aku sangat mudah..kau tak perlu lawa atau pandai untuk berkawan dengan aku.. cuma kau tak perlu tunjuk bagus, walaupun kau sememangnya bagus dari sepuluh aku..itu yang paling aku bencii.. kalau kau kawan aku, kau mesti tahu, sembilan dari sepuluh orang yang aku penah benci adalah dari kalangan jengkel itu..ya, aku memang zalim barangkali, kerana meletak mereka ini lebih hina hari kasut aku walaupun mereka ini pandai, cantik atau kaya sekalipun..

Sumpah kalau aku terusan hidup dengan spesis ini aku boleh tikam diri sendiri sambil cakap kenapalah aku kena berhadapan dengan spesis bodoh macam kau..tiba2 kau nak pandang aku atas bawah kerana kau emosi dengan aku.. aduh, dunia semakin jelek! aku rela lagi hidup dalam hutan yang banyak nyamuk dari jumpa spesis pandai, tapi bodoh dalam benda common sense.. itu lebih hina dari orang yang gagal tiap2 semester akhirnya kena dissmiss. sumpah, aku kadang2 tak faham.. kalau kau kawan aku juga, kau mesti perasan, tiba2 aku diam.. itu maknanya, aku tengah ligat fikir tentang spesis ini yang macam langau, menjengkelkan lagi mnghinakan..

Kau rasa nak bunuh diri tak kalau tiba2 orang cakap kau dengki kat diorang padahal kau tahu kau lagi pandai dan cantik dari diorang? kau pelik tak? aku pun pelik kadang2.. nak tergelak pun ada dengan spesis ni..bagi aku tiada apa yang perlu aku cemburu pada seseorang engkau melainkan kau pandai berkata2 yang boleh membuatkan aku membulatkan biji mata. tiada apa..
seumur hidup aku aku hanya pernah cemburu pada seseorang itu.. dia pandai dalam pelajaran cantik dan bercakap menggunakan otak.. hanya seorang.. yang pasti bukan engkau.. engkau tidak perlu menjadi kaya, atau memeliki kereta untuk membuktikan aku cemburu dengan engkau.. engkau tidak perlu mendapat pointer 3.5 keatas untuk membuktikan engkau bijak dan merasakan semua orang perlu menjadi hamba kepada engkau.. engkau tak perlu cantik untuk berkawan dengan akuu..

tetapi, engkau adalah orang yang aku hormati jika engkau boleh berkata2 menggunakan akal yang waras..


angin bertiup diluar,
tetapi mengapa aku disini kepanasan?


tranquilti hati,
031108

Perhatian perhatian

Sekarang aku nak masuk tido.. untuk sesiapa yang rajin stalker blog aku, kalau adalah..
apa kata kau shout sket.. aku mesti suka wehh.. hahaaa..--'

p/s: apa yang aku merepek ni? ok. tengok sebelah kiri kau tu..

malam indah,
sunyi sepi,
mencari tranquility hati yang kian mati..


selamat malam sayang!
<33

Ok aku cakap semua hari ni

Sekarang pukul 12.31 pagi aku mengantuk gila babi dan tak mula study java lagi. Padahal exam Rabu ni and carry mark aku mcm setan..

Aku rasa aku mcm artis 26/10 hari tu sebab ada 5 jemputan event.. Kenduri kawin Rose, Kenduri kawin Abi Dzar, Open House rumah Ery, Open house rumah Lat..Erm.. satu lagi jemputan khas dari Noh kat facebook.. Kah Kah..Tapi sebab Rose kawan baik aku dan Johor tu jauh sangat, aku tak jadi pergi rumah Abi..Dan sebab Lat bg tahu last minute and aku kene teman Yus pergi Rawang, jadi aku pergi rumah Ery..

Ktorang stalker friendster, myspace dgn facebook abi dzar, mane tahu dia letak gambar wife dia, tgok2 wife dia pakai purdah.. padan muka kitorang..HAHAAA...

"Selamat pengantin baru, kawan2"

Kau tahu tak, hari tu masa aku amik exam, exam assistant yang invegelate kitorg tu(biasanya part timer) mintak no fon aku dengan email. Masa tu aku tetiba rasa mcm hot..ini statement biasa aku..jangan dengki.. ;p

Malam sebelum kahwin Rose, aku pergi ruma dia, ingat nak tolong2, tgok2 ada kenduri tahlil, aku sorang je pakai blous lengan pendek dengan jeans.. masa tu aku rasa mcm public figure..

Aku bergaduh dengan yus, aku campak kerusi dalam bilik aku kat hostel, sampai kemek almari bilik aku, harap2 tak kene saman.

Aku rasa unsatisfied dengan seseorang, sebab sesuatu yang kau tak payah tahu, tapi at last mengalah, sebab aku sayang dia gila babi punya..i dont want to loose her.

Air cond bilik aku rosak, panas mcm dekat padang pasir waktu tengah hari, pastu aku emo dan mengamuk, yus jadi mangsa, aku memang kejam..

Aku rasa love sama makna dengan lust, kau setuju?

Aku..
021108

20081102

Skate's shoe for sale



Lakai Howard Skate's shoe for sale
LIMITED EDITION
Size: 10
Color : Black & Pink
Price 170(Negotiable)
2nd Hand-Good Condition
Email if interested: e_ena87@yahoo.com

20081101

Maaf, away sangat lama

Exam memang gila babi non stop, tak de any gaps in between, today is my 5th paper and all i the things that i can say is -- okay.. Okay, sebagai permulaan, lepas paper Bahasa Melayu Komunikasi Perniagaan aku memang dapati tatabasa melayu aku sangat teruk.. Lantas, aku ingin mengingatkan cikgu2 BM di luar sana, jangan sue blog ni sebab tersangat lah banyak bahasa pasar..

Paper akhir akan tamat pada 9.11.

Okay satu ayat untuk si pedas, kau sumpah poyo..

--'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...