Isu tersebut timbul setelah mereka dikatakan meminta royalti daripada pihak Astro apabila mereka diminta membuat persembahan pada malam Konsert Akhir Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Sabtu lalu.
Berikut adalah luahan hati vokalis Hujan iaitu Muhammad Noh Salleh tentang insiden tersebut. Katanya, hal tersebut timbul kerana masalah salah faham semasa Noh dihubungi seorang lelaki yang tidak memperkenalkan diri mewakili pihak Astro.
"Sebenarnya benda tu miscommunication yang baru nak ungkit.
"Saya tak tahu siapa yang telefon waktu tu. Dengar macam suara budak (orang muda). Tanpa memperkenalkan diri, dia terus tanya samada kami free atau tak pada Sabtu lepas.
"Saya ingatkan dia nak panggil kami buat show atau gig, jadi saya terus jawab berapa ribu lu orang nak bayar gua? Itupun dia cakap nak kami perform satu lagu sahaja iaitu Bila Aku Sudah Tiada.
"Dia tak cakap betul-betul dan dengan cara yang betul. Kalau saya tahu pihak Astro nak jemput kami perform pada malam tu, saya takkan minta bayaran.
"Kami mendaftar bawah Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dan kami tiada hak untuk tanya tentang bayaran.
"Kalau mereka kata kami demand, itu perlu sebab kami kena jaga hak kami supaya tidak diperbodohkan oleh orang lain.
"Kami tak kisah kerana rezeki ada di mana-mana. Kalau Allah nak bagi, Insya Allah ada lah," kata Noh ketika dihubungi mStar Online.
Sebelum ini, Toi pernah menyanyikan lagu hits mereka iaitu Pagi Yang Gelap ketika konsert mingguan AF6.
"Dulu masa mereka guna lagu kami, mereka tak minta izin dengan kami pun. Tetapi kami tak pernah besar-besarkan hal itu sehingga berjumpa dengan media.
"Kami rasa terkilan apabila dituduh yang bukan-bukan lebih-lebih lagi dikatakan tidak tahu apa-apa tentang MACP.
"Kami tak kisah dengan apa yang orang nak cakap kerana kami tak boleh buruk sangka dengan orang lain," ulas Noh yang sedang sibuk untuk menerbitkan album pertama Hujan.
Sejak kemunculan mereka dalam industri bermula awal tahun 2006 lalu, mereka telah melahirkan dua EP dalam bentuk cakera padat (CD) iaitu 1,2,3, Go! dan Check Check Rock Rock yang dijual ketika mereka melakukan gig atau show.
Kini sudah tiba masanya Hujan menerbitkan album sebagai tanda menghargai peminat yang menyokong Hujan selama ini dan ia dijangka keluar bermula bulan Jun depan.
Biarpun dilanda pelbagai tohmahan, mereka juga masih ditawarkan untuk melakukan persembahan.
Tambah Noh tentang insiden itu lagi, "Jika Astro nak jemput kami untuk membuat persembahan, mereka patut bertanya dan berbincang dengan pengurus kami. Barulah nampak profesional, walhal mereka merupakan syarikat yang besar...".
source = www.myspace.com/kugiranhujan
1 comment:
haha...dengki yg ketara terhadap Hujan....
Post a Comment