Mohd Rashidi Hassan
Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam. Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.
Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.
Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.
Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.
"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya.p/s : saya juga berharap begitu, politik semakin kotor dan jijik
3 comments:
makin lemas ngan drama politik ni...
babe..jom pindah..tuka citizenship
Nik aziz..
cakap tak serupa bikin.
dia lupa islam kerana politik.
ilang sudah respect terhadapnya.
last thing, dia tak baca sirah rasuluallah ke?
sumpah menjunjung al-quran pernah dilakukan pada zaman raululallah.
hakikatnya mmg takde ditulis dalam rang undang-undang islam. tetapi dalam sirah ada diceritakan.
ianya dilakukan atas penghormatan terhadap kitab ulung umat islam. dilakukn sebagai tanda rendah diri dan muhasabah diri kepada Allah yang menurunkan al-quran sebagai petunjuk. bersumpah menjunjung al-quran bukan meniru cara kristian. sebaliknya, kristian meniru cara islam. dalam sirah2 nabi ibrahim, nabi nuh dan banyak nabi lain ada disebutkan apabila kitab taurah dan zabur dijunjung bagi membenarkan sumpahan dan kenyataan.
saiditina aisyah, saiditina fatimah pernah lakukan untuk prevent dituduh zina.
aiyayai.. ulamak akhir zaman....
macam dalam semak ulamak2 kini.
sama je...sesape pun...kalau kau dah jadi pemimpin lam politik...kau pun cam tu jugak agaknya...
Post a Comment