20081116

Tiada nikmat seindah tidur

Ketika jam menunjukkan 12.30 minit pagi, aku baru sahaja mandi kedua dalam hari ini.. Aku cakap, memang sumpah benci bila kena pretend rajin buat kerja depan boss. All that I can say is that -- dammn. Kau boss, duduk HQ sudah lah.. tak payah nak tunjuk rajin turun padang kemas2 kedai sampai buat semua orang terasa macam kena simbah cat kat muka.. Lepas tu dahla gila kedekut.. aku rasa kau untung bulan pun berpuluh ribu, tak kudis pun kalau aku terbuang helium tu sikit.. memang spesis mata sepet macam tu kann. Nasib baik Sherleen tu kahwin dengan James, kalau tak aku rasa memang dia pun akan jadi bossy tak tentu pasall.. tolong lahh, aku tak nak kerja makan gaji lepas grad nanti boleh tak? -- boleh.



Aku baru je sampai rumah pukul 11.30 malam tadi, tu pun lepas ada suara ngeri dihujung talian.. Suara ni akan biasa kau dengar bila kau keluar dengan aku dan balik selepas pukul 9 malam ke atas.. memang ngeri, sumpahh.. Hari ni pun penat macam aku kerja dekat F&B 10 jam.. nak pijak lantai punn sakit gila kaki.. Memang lah, lepas kerja tadi, tak sempat makan malam ape segala aku dah pergi One Utama untuk Flyniversary.. Nasib baik Pijie keluar awal, kalau tak mesti aku tertido tengah2 crowd tu.. -- dem lagi, Piji nyanyi 2 lagu je? what the fish? Dah lah ramai budak kenit.. bukan kecik, kenit.. Mak ayah kau tak marah eh join benda2 macam ni.. Gila coool nye mak kau.. macam ni lah Malaysia Merdeka.. Aku pun tak pernah rasa balik malam2 masa sekolah dulu, tapi sekarang memang dunia dah maju.. Teknologi dah canggih, fikiran mak ayah pun dah canggih jugak, cayalah!


Dengan pergaduhan, budak kenit dan ditambah dengan bau arak yang semerbak ke tengah crowd, aku sedikit sebanyak dah terasa macam berada di tengah2 kota London, Riverwind Casino atau The Eagles Club menyaksikan Colbie Caillat ataupun Seconhand Serenade beraksi..
Mungkin aku yang kolot atau dunia yang sudah moden -- aku pun tak pasti.. Yang aku pasti, benda ni tak sepatutnya berlaku.. Entahlahh.. aku konservatif ke? tapi kau rasa tidak.. ya, aku dah tampar muka aku, memang tidak.. aku berada du dunia nyata..Dunia yang tak membezakan arak halal untuk siapa.. Namun, aku kena terima, takkan aku nak robohkan pulak T.G.I Friday a.k.a booth arak tu kann kann kann.. layan kan sudahh..


Apa-apa pun, Pijie -- kau memang kacak tadi..

----


Ye ke? Tak apa, gua chiow dulu.
Amacam ganaz tak?
--'

3 comments:

Anonymous said...

I want not agree on it. I assume precise post. Specially the designation attracted me to study the whole story.

Anonymous said...

Good dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you on your information.

Marina Ina said...

haaa?? how lerr this post can help you guys in doing assignment? aiyayaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...