20090826

Apa yang aku kurang gemar sewaktu bulan puasa

1. Jalan Jammed
Ni biasalah kan. Kalau agak-agak kau keluar rumah sebab nak jalan-jalan tu, baik kau simpan je niat murni kau tu atau stuck dalam kesesakan lalulintas untuk beberapa lama. Maklumla, bulan puasa ni tak kira pekerja swasta mahupun kerajaan akan pulang awal untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Kalau boleh semua nak cepat sampai rumah, nak berbuka bersama yang tersayang. Tapi yang peliknya yang tak puasa pun ak balik awal, apa cer?


2. Penunggang/pemandu yang tak ada otak
Pernah tak kamu lihat di bazaar Ramadhan tempat kamu dipenuhi segerombolan motor-motor kapcai yang saja je bawak motor perlahan-lahan di tepi makcik jual kuih badak berendam nak tengok sama ada kuih tu dah sold out ke belum. Rasa nak sepak tak? Kalau kita boleh jalan kaki sepanjang 1 kilometer semata-mata nak beli juadah berbuka, kenapa ada golongan samdol ni yang tak ada manner langsung? Dah la bawa perlahan, asap motor dan kereta pula berkepol-kepol masuk dalam makanan. Kadang-kadang aku tak faham, ada otak ke tak golongan ni? Ada pula sampai bawak masuk lori kat jalan yang ada Bazaar Ramadhan. Come on, ni bukan kampung, ni KL, kau ikut jalan lain pun sampai juga tempat yang kau nak tuju tu. Hormat sikit, boleh?


3. Peniaga yang suka mengambil kesempatan
Kalau bulan puasa ni kita akan jumpa pelbagai spesis yang tak pernah/pertama kali berniaga. Golongan ni biasanya akan secara automatis akan dikenalpasti bila harga yang mereka letak terhadap barangan makanan yang mereka jual terlalu mahal. Ataupun presentation makanan yang aneh. Rasa pula tak payahlah cerita. Tapi masalah rasa tu aku tak kisah sangat walau kadang-kadang sakit hati, tak apalah, bulan puasa makanan kan tak boleh rasa? Tapi yang aku pelik boleh pulak kuih cara sebesar duit lima-puluh-sen dijual dengan harga 40sen satu, tak logik betul. Kadang-kadang harga lauk pauk pun cekik darah. Agak-agaklah kan, ni kan bulan puasa, apa salahnya beramal jariah. Harga kuih tu kekalkan jelah 3 seringgit macam dulu-dulu. Gula, tepung dan apa yang berkaitan kan tertakluk dibwah harga kawalan. Nak risau apa?


4. Sembahyang terawikh
Sembahyang terawikh bukan tak suka. Seronok sangat, yelah, setahun sekali, kalau boleh nak juga penuh tapi mustahil lah kan. Apa yang aku tak gemar sangat ialah apabila imam membaca surah yang terlalu panjang. Tak silap, aku pernah terdengar orang alim berkata jika ingin mengimamkan makmun seelok-eloknya baca ayat yang sederhana panjang. Bukan lah tak suka, tapi kadang-kadang jika terlalu panjang, kita akan hayal, leka dan sebagainya. Kita kan hamba yang lemah? Bukan alim pulak tu, apatah lagi nak betul-betul khusyu'. Bak kata seorang rakan, boleh ke'negeri China' aku terawih ni. Memang dugaan, tapi kita tahu kemampuan. Buatnya solat tu 20 rakaat, tiap-tiap rakaat baca 30 baris ayat mahu sampai pukul 12 terawikh. Ada yang dah kemana-mana dilayang fikiran tu. Kadang-kadang aku sampai boleh datang ilham nak tulis apa dalam blog. Gila teruk aku kan? --' Aku pun lebih prefer berimamkan seorang lelaki, sama juga alasannya, bila imam perempuan(selalu dalam kolej la) suara alahai perlahannya, makmun kat belakang tak dengar..tau-tau je bila doa tu dah amin je, tak sempat nak khusyu'. Isk. Lain orang lain pendapat lah kan? Ini apa yang aku rasa lah.. Khusyu' dan tawadu' tu penting..


5. Makan dikedai
Kalau rasa kau nak makan luar masa bulan puasa ni, baik fikir panjang. Sebelum kau kena berbuak dalam kereta sambil makan nasik bungkus, baik kau rancang perjalanan dulu. Kalau boleh telefon restoran yang kau wish untuk berbuka dan reserved la tempat untuk kau sekeluarga. Macam aku tahun lepas, konon nak berbuka kat Kampung Baru, tup-tup tempat tu tutup, kena pusing satu KL cari tempat makan lain yangmana semuanya dah fully book. Akhirnya makan kat gerai bodoh tepi jalan. Sudahlah waktu tu hujan, gerai tu pula atapnya bocor. Bodoh. Buat hal betul, kan?

Tahun ni aku sumpah tak kan makan di Kampung Baru lagi. Blacklist!

5 comments:

Aida Zahrol said...

nape kat kg baru? ayah i suka je makan kat sana :|

Bijen M. said...

haha..
no 5 ni disokong..
kadang tggu air abes 3 cawan baru nasi nak sampai..
maghrib pon da nak abes..
hohoh..

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu datang lepak kt blog gua.Rilek rilek.

Jom.

Marina Ina said...

aida& bijen: makanan kg baru mmg sedap. tp ramai sgt orang. bikin wa panas hati.

Daus: perghh..mengancam tawaran lu ni.

Aida Zahrol said...

patut lahhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...