Sakit hati betul bila baca berita tentang isu selsema babi ni. Lagi-lagi isu babi. Kalau dulu isu najis babi, kandang babi, kali ini isu selsema pula. Binatang pun dah ambil penyakit manusia, patutlah makin ramai manusia seberupa babi..Ialah, bak kata Zahiril Adzim, manusia adalah haiwan sosial
Tentang babi, semester lepas pensyarah Fiqh aku pernah cakap, ketika itu aku sedang membentang tentang tajuk "organ transplantation"..isu nya sama ada ia halal atau tidak disisi Islam. Waktu membikin kajian tentang isu ini pelbagai persoalan berkaitan yang berjaya membuat aku terfikir sejenak. Apakah halal hukumnya pemindahan organ terhadap makhluk berlainan jantina? Apakah hukumnya pemindahan organ antara binatang?
Ya, bercakap tentang binatang, ketika aku membuat perbentangan, pensyarah ada bertanya soalan sedemikian. Kaget sekejap. Dungu rasanya. Jika dibenarkan, mana dalilnya..mana alibinya? Akhirnya aku terpegun, diam sahaja di tepi meja bilik kuliah kecil itu.. Beberapa saat selepas itu pensyarah aku lantas mengeluarkan pernyataan:
"Do you know which animal that very close related to human, in term of genetics in which you might do animal-to-human organs transplantation?"
Hmm.
Kaget lagi.
Pada ketika itu, baru aku tahu kajian itu dinamakan Xenotransplantation (Kajian terpenci diperlukan jika kamu bukan seorang ahli agama atau ahli sains). Mungkin kita masih tidak sedar bahawa haiwan yang gennya benar-benar rapat dengan manusia adalah babi.
Ya, adalah BABI.
Tetapi kawan, adakah babi itu kita dan kita adalah BABI?
Tak mahu aku hubungkaitkan Teori Evolusi Charles Darwin disini.
Aku bukan saintis.
Tetapi yang menjadikan ia humor, bolehkah jika hidung manusia seperti kita patah/cedera/rosak dan digantikan pula dengan hidung babi? HAHAHA. mahu cuba? Sila-sila. Atau mungkin sudah ada? Mari kita guna carian enjin..
Isunya di Malaysia sekarang ialah makin lama makin ramai yang mati kerana virus merbahaya ini. Adakah kurang penelitian dan kajian? Atau adakah kurang kesedaran?
Bila bicara tentang kesedaran, rakyat kita memang senantiasa perlu untuk disedarkan. Isu denggi, pembersihan sungai, kitar semula, gotong-royong dan apasegala rancangan di dalam RMK ke-satu-ratus-juta pun rakyat kita masih kurang kesedaran. Disinilah media menjadi pemeran penting untuk menjayakan apajuga RMK,PMI,PMJ,PJK ke apa segala hotak dia pun. Tapi masalahnya sekarang kalau kau di parlimen itu duduk sahaja bergoyang kaki membuncit perut, lama kelamaan Malaysia ini hanya tinggal nama. Tiada lagi manusia. Atau mungkin sehingga ada ahli saudara yang terkorban, baru mahu direalisasikan?
Kenapa tidak pula dibunuh sahaja babi-babi itu kerana sudah terang-terangan mereka membawa bahaya. Disini aku mahu kongsikan satu sejarah tentang makhluk Tuhan yang satu ini:
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.
Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.
Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.
" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.
Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.
Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya
Makanya disini sudah terbukti, mereka makhluk haram yang kotor jijik lagi merbahaya.
Mengapa mahu disimpan lagi?
Relevannya dimana?
Kurang arif saya disitu.
7 comments:
ya setuju dengan sis maryna
kaw2 punya tulisan
dah maju..hehe
wah tukar domain lagi! keepintash loq!
patutlah orang2 barat selambe dek je kan biar anak2 perempuan bersosial tanpa waswas. makan babi la tu.
best ah kak mena punye blog. banyak input. hehe
eh kejap. ghirah tu ape?
waa,byk i belajar bende baru ni...
=)
taz: ghirah tu ghairah. typo kot. atau tu bhs sanskrit. KKEKEKE
jijul: sama2 bertukar2 ilmu.
sure
Post a Comment