Untuk ungkap kata cinta itu bagi sesetengan orang bukan mudah.
Bila sudah sayang, kata mereka lautan api pun sanggup direnang.
Cinta memang aneh.
Terlalu aneh.
Pernah suatu ketika, aku rasa terlalu sayang pada seseorang, walau terkadang rasa benci dengan sikapnya, aku rasa macam tak boleh nak kata apa. Sebab sayang. Semua dituding kearah sayang.. Setelah beberapa tempoh sayang itu tamat(ada expired-date), mulalah mencari pelbagai alasan. Janji sehidup semati pun dilupakan, tampak sahaja busuknya pasangan kita. Jangankan mahu berjumpa, nak balas pesanan ringkas pun tak lalu..Dia itu lah, dia ini lah.. ada saja. Walhal, jika nak dihitung dengan jari, baru sahaja 2,3 ketara busuknya pasangan kita itu..Salahkanlah diri sendiri, kita yang punya pengganti lain.
Itu semua kronologi percintaan.
Yang nyata, semua sudah tertulis di luh mahfuz, jodoh dan maut ketentuan Ilahi. Sama ada kita sudah meniti hidup berdua untuk suatu tempoh yang sangat lama, memetrai jalinan kasih bersama, itu bukan alasan bagi sebuah perpisahan. Biar mana sebelah pihak lagi mencari seribu satu jalan untuk meraih merayu memujuk juga menangis teresak-esak demi mencuri semula hatimu, itu aku rasa sudah tiada harga lagi. Pada ketika itu juga mulalah kita terasa ingin memuntahkan apa yang diloyai selama ini.. Ya, biarpun terjujuh air mata darah sekali pun, kita tetap mahu tinggalkannya. Ya, tiada rekonsiliasi.
Manusia kejam.
atau..
Telalu mementingkan diri?
Tetapi jika tidak bernafsi-nafsi, mana pula mahu dicampak keegoan kita? Hmm, ego, bagaimana ya mahu kendalikan rasa aneh ini. Kadang-kala kita terlalu baik hati terlalu berlembut, sehingga ego itu boleh dipijak-pijak, boleh dialibabakan. Namun kita sebenarnya indirectly menjadi kejam kerana terlalu ingin kejap perasaan ego sendiri. Ahh, manusia semua sama, bukan? Dilahirkan bukan sempurna, tidak komplit. Manusia itu kompleks, sukar ditafsir. Atas sebab itu, aku sendiri kadang-kala tidak mudah percaya sesiapa biarpun diri sendiri.
Tapi bagi aku, Shazlin terlalu kejam. Jika ini yang ingin beliau lakukan untuk suatu protes, dia bodoh. Jika dia lakukan ini kerana itu adalah dirinya yang sebenar, aku diam.
Tapi Radhi,
Aku tabik samalu,
Lu memang kuat.
Lu memang sabar.
Lu memang penyayang.
Aku tak ada hak untuk kata apa-apa tentang perkahwinan kamu. Aku bukan mata saksi. Tapi aku percaya, kau lakukan itu kerana cinta. Dan dia, lakukan itu kerana hilang rasa sayang, rasa hormat. Detik pula rasa payau, rasa kosong, rasa benci pada engkau.
Kau memang sabar.
Kau buktikan pada dunia, apa relevannya kuasa talak, Tuhan berikan hanya pada kaum mu.
Ya, aku semakin tahu,
Tuhan itu BIJAK!
No comments:
Post a Comment