20090828

Kita Suka(updated)

Tak siapa tahu betapa apabila kita suka akan sesuatu benda, kita sanggup berhabis wang, masa dan kehidupan kita untuk sesuatu itu. Seperti blogging, ia macam suatu bentuk ketagihan tanpa penawar dan bagi aku, itu adalah sesuatu yang tidak membimbangkan. Selagi kita tahu tanggungjawab terhadap benda yang lebih penting seperti Dia, keluarga dan sebagainya, ia bukan suatu masalah besar, yang patut dibimbangkan.


Tapi hari ini, aku tak akan bercakap tentang blogging, sebab bagi aku, entri-entri aku cukup untuk describe bahawa aku dan blogging rasanya tak dapat dipisahkan. Hari ini aku ingin bercakap tentang hidup aku dan band kegemaran aku. Bukan Radiohead, bukan Stone Bays, bukan lain tapi rasanya kau semua sudah tahu kot. Kalau kau tengok bahagian kanan wijet blog ini kau akan nampak kategori kan, kat situ kau akan nampak satu 'tag' under Bittersweet. Ini adalah satu-satunya local band yang boleh buat aku dengar mereka sampai sekarang.. Dengar sampai sekarang bermaksud, aku tetap akan pasang CD Perfect Match tu bila drive, pergi gig-gig diorg dan jadi fan tegar diorang.


Entah, bagi aku diorg lain lah. Walaupun dari segi promosi agak perlahan, namun aku nampak potensi band ini jauh kehadapan. Samada mereka kurang yakin akan potensi ini atau kita yang tak nampak? Muzik mereka jauh lebih matang dari band-band lain di Malaysia. Itu apa yang perhatikan, sebab aku dengar semua muzik. Bukan sebab aku suka mereka, tapi aku sajes kau dengar sound diorg dulu sebelum nak hentam. Amacam?


Kalau boleh, satu hari nanti aku nak tengok mereka boleh tandingi band-band indipendent lain di dalam scene kita ni. Bukan nak jatuhkan band lain, tapi aku tak pasti apa sebab mereka masih ditakuk itu, maksud aku dari segi penerimaan. Bunkface dan Hujan pun band baru, tapi boleh naik dengan cepat. Tapi tak apa, bak kata Herry, kalau terlalu senang nak naik, senang juga nak jatuh bukan? Pehh, gila tegar aku ni! Betul lah kata kau Herry, tak kisah lah kalau tak popular pun dekat negara sendiri. Aku tahu, kauorang boleh je kalau na jadi macam Pop Shuvit tu. Boleh boleh.


Kalau dekat facebook kau boleh lah join group yang aku create khas untuk mereka. Untuk pages pula kau semua dijemput untuk jadi fans. Tapi sebelum klik 'fans' sila dengar muzik mereka dulu sebab satu hari nanti bila orang tanya apa itu Bittersweet kau tahu nak jawab apa. Kalau nak dengar lagu pun pergi lah ke myspace diorang. Aku jamin, kau tak akan bosan. Jangan cakap kau peminat tegar hardcore, metal, death dan sebagainya. Anggap sahajalah posting ini khas untuk 'kawan-kawan yang kita suka' sahaja, ya? Ohh ya, kalau ada update dekat pages or group tu saya yang update lah, jangan i love you i love you eh..saya seram.. bukan diorang yang online. tsk tsk. =.=


Myspace: Tekan sini
Facebook Group: Tekan sini
Facebook Pages: Kelik sini


p/s: Diorg baru lepas upload single lagu raya called "Next Aidilfitri". Pergh, macam S.Jibeng. Sumpah.

Tak main la Newboys punya lagu raya.









Cayalah XFM!

4 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Zoo? Orait.

Bittersweet akan jadi lebih bagus kalau main lagu berlirik melayu rasanya.

Marina Ina said...

Ada juga 1 lagu melayu. Betul lah aok, bunkface pun baru naik lepas bawak lagu melayu. Kalau tak haram semua tak tahu pasal bunkface.

Aok lagi pemes!

Aida Zahrol said...

nmpk sgt majoriti mesia dengar lagu2 melayu je. tp i suka je lagu2 inggeris they ol. seriyes rasa international!

Marina Ina said...

tu la..very internaaational. ekceli target diorg utk bawa muzik kw luar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...