20090807

Tentang teater dan Zahiril Adzim

Barusan tadi terbaca menangnya Zahiril Adzim dalam Festival Filem Malaysia.

Tahniah saudara;

Tampaknya jika saudara rasa pernah pingin untuk diam ditahap itu,
ditahap setinggi itu,
anda sudah berjaya,
anda sudah kecap.
Tahniah.


Tentang teater;

Mengada jika sekarang baru kita mahu seloroh tentang

"aku minat teater"
"teater jiwa aku nokk"
"hmm, sukanya tengok teater!"
"ala..blog sanggar teater tu dah biasa buka"


Walhal, mungkin selepas kita kenal siapa itu Fynn Jamal;
siapa itu Hunny Madu,
atau mungkin siapa sebenarnya Zahiril Adzim
Kita juga ingin jadi part of their life.


Itu perkara normal.

Pada kira aku, manusia biasa suka pada kebiasaan. Manusia suka jadi apa yang manusia lain suka jadi, suka sesuatu yang palsu, atas satu dasar,

ingin popular.


Tapi bukan itu titik utama entri ini. Hmm, sedakar memberi buah fikiran atau pandangan yang pada hemat aku, tiada ada salahnya. Tiada ada relevan pun dengan mana-mana entiti dalam dunia ini.

Zahiril sudah popular, namun bukan popular sebagai penggiat teater. Sebagai pelakon, sebagai aktor.

Tadi aku bertanya pada seorang rakan;

"Kau rasa Zahiril pandai 'berlakon' tak"

Lantas jawapan jujur yang sudah diekspektasi adalah --> TIDAK.
Namun itu pendapat individu seperti kami.

Siapalah kami,
bukan Fauziah Nawi,
bukan Rashid Sibir,
bukan Yasmin Ahmad.

Namun setiap kami punya pemikiran serta pandangan berbeza tentang halusnya seni.

Bagi aku, bukan untuk menjadi sebahagian kamu,

aku memang pencinta bahasa,
memang pencinta budaya,
pencinta jiwa.

Oh, jiwa.
Bila bicara tentang jiwa,

Bagi aku, teater hanya boleh diekspresi dengan jiwa. Namun sebaliknya lakonan. Kau perlu jadi seseorang lain untuk berjaya dipentas lakon. Jika orang pernah kata pelakon teater tidak boleh jadi baik ketika menjadi aktor aku setuju.

Sebab bila aku tonton performasi Zahiril dipentas teater, aku nampak jiwanya.
Aku rasa.

Tapi, tidak di dalam lakonan. Ia seperti kosong. atau -blurr (mungkin ini fakta silap)

Justeru,
bagi aku,
Tidak ada salah untuk kita beri sedikit masa.

Kerana Fauziah Nawi juga lahir dari pentas itu;
Boleh juga di diam di tahap membanggakan sekarang.
Sebagaimana Vanidah Imran terjun kedunia teater,
Beliau juga jadi terbaik di pentas "Mahsuri"


Satu salutasi kepada penggiat seni seperti mereka.

Zahiril Adzim, kau juga boleh!


Notakaki: Mari ke stor DBP, teater kompilasi vol II.

2 comments:

Aida Zahrol said...

i suke je tgk teater....tapi sape zahril ni? nampak sgt tak update diri sejak kat kerteh ni...adoi...

Hariry Ariffin said...

Ayat feveret yang aku suke.

"salam sejahtera mat jambu!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...