20090823

Catatan lampau rindu atuk

Al-fatihah kepada Allahyarham Hj.Abdullah Hj. Hussin


Sama seperti abah, mungkin itu ayat terbaik untuk aku cakap sekarang. Terlambat. Terlambat untuk bahagiakan atuk dalam sesuntuk usia tuanya. Kali terakhir aku lihat atuk mungkin hampir 2thn lepas selepas abah hantar dia balik Perak dan dan melawat arwah langsung sampai ke saat dia hembuskan nafas terakhir.



Aku pernah cakap pada yus, jika satu hr nnt ada duit extra, aku nak balik kampung jenguk atuk dan bersihkan rumah. Haih, terlambat. Saat aku dapat tahu atuk meninggal, jiwa aku bagai tersentap. Seumur usia aku, tidak pernah aku rasa orang yang rapat denganku pergi menghadap Ilahi. Ya, dua perkataan -- Memang Sukar.


Februari 14, dua ribu sembilan.


Beberapa minit sebelum maghrib(mungkin) atuk telah pergi meninggalkan kami. Entah, meski aku tidak pernah serapat mana dgn atuk, namun aku sgt sygkan dia. Iya lah, masa kecil aku selalu berlari2 di kedai runcit atuk dan curi macam2 jajan dan pensel. Sekarang kedai tu dah kosong.. Rumah dah kotor.. Lama.. Lama seperti tuanya usia aku.. Tiada lagi kedai, tiada lagi sesiapa di kampung, setelah opah pun meninggalkan kami beberapa tahun dahulu.


4.30 pagi 15 Februari, kami sampai.. Suasana sepi, hanya terdengar bacaan yassin dari tape radio yang dipasang sejak beberapa jam lepas. Tubuh atuk aku tatap. Pucat, putih dan yang menyedihkan, kurus.. Kurus sehingga tampakkan temulang tua setua usia lapan puluh dua. Aku sayu, betapa orang tua ini sangat kasihan, basi-basi dicabut roh dari jasad oleh Izrail tanpa sesiapa disekelilingnya! Oh tuhan, kau cucurikan lah rahmat ke atas roh arwah..


Pagi tadi seawal jam lapan semua orang kampung dah sibuk memotong kafan, menyediakan air mandian dan menggali lahad. Aku hanya tengok jasad terbujur kaku dari luar.. Ya Allah, aku tidak kuat.. Aku lihat tubuh kering atuk kerana tidak mahu makan sejak sebulan lepas. Mungkin tanda2 40hari sebelum kematian sudah dapat beliau rasakan.Pakcik Asri cakap, sewaktu beberapa hari sebelum kematian atuk, atuk ada cakap..


"Kucing putih selalu datang sini, ajak aku pergi dari sini"

*menangis*


Aku lihat jenazah dikafankan. Waktu itu aku rasa ingin berteriak,

"Jangan kau kafankan atuk!"

"Aku masih rindu mahu bersemuka dan bersembang2 dgnnya.. "

"Jangan kau ambil dia.."


Namun siapalah aku ingin melawan takdir tuhan. Oh tuhan, ini malam pertama atuk sendirian di dalam lahad, kau terangilah rumah barunya dan kau cucurikanlah rahmatmu ke ats rohnya..


"Atuk, atuk tak sendirian di dalam sana, kerana aku tahu atuk membawa amalan bersama"


Amin.





"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
1-2).1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...