20090816

Ultraman versi millenium aku.

Kau semua tak tahu bertapa impressnya aku kepada seorang lelaki biasa berusia 24 tahun ini. Kalau kau pernah terbaca(hanya jika kau benar stalker terhebat aku) kau akan tahu betapa kagumnya aku terhadap Presiden Persatuan Kuliah aku..Ohh, aku tak tipu. Untuk kau yang biasa berpesatuan macam aku, mungkin kau juga pernah rasa, apa itu rasa kagum terhadap ketua sendiri. Tapi apa yang aku cakap ni mungkin tak sama dengan apa yang kau dan aku rasa. Sumpah.

Abi Dzar.


Minta maaf aku sebut nama kau kat sini. Aku memang dah lama berangan untuk duduk dalam otak dia. Tak lama, bagi aku dua-puluh-empat jam, dan aku akan curi semua elektrolit dan elektron dalam otak dia. Aku tak tipu. Bagi sekejap je, aku janji aku akan cuba transform. Aku janji. Ok, aku cuba.

Satu..
Dua..
Tiga..


Aku memang suka berangan, kan? Aku memang Melayu tipikal. Maksud aku, dalam beberapa aspek dalam kehidupan manusia ni, aku dan kau semua, sama sahaja. Suka datang lambat, hari-hari dalam setiap kelas, suka ponteng, baca buku last minute, suka cari pasal dengan orang yang cari pasal dengan aku, berkomen-komen di facebook dan sebagainya. Tapi aku bukan rempit atau bohsia. BUKAN. Tapi aku kadang-kadang fikir tak sama dengan kau semua. Hmm, aku rasa tidak.


Dia mula aku kenal masa di matrikulasi lagi. Masa itu aku belum kenal sangat siapa itu dia. Bagi aku dia seorang lelaki tipikal biasa yang pantang lihat perempuan dahi licin. Aku cakap macam ni sebab sekeliling aku adalah lelaki-lelaki jambu macam ni. Dia lain, tiap2 butir kata yang keluar dari mulut dia bagaikan emas. Maksud aku, sangat bermotivasi dan boleh buat seorang aku terpaksa berfikir panjang. Sangat impressive..Maksud aku, pernah tak kau rasa adreanalin bila buat sesuatu yang kau suka-tapi-kau-takut? Ha, macam tu lah aku rasa bila aku bercakap dengan dia.


Soalnya sekarang, bagaimana untuk buat aku impress terhadap seseorang?


Tak susah rasanya. Kau tak perlu jambu, kacak, tampan, anak orang kaya atau dapat pointer 4.00 tiap-tiap semester untuk itu. Totally tidak perlu. Kau hanya perlu segunung ilmu pengetahuan (terutamanya tentang jatidiri) ditambah perisa dengan beberapa communication skills yangmana bila kau buka mulut, aku hanya akan diam. DIAM.


Memang sukar. Sebab aku rasa sepanjang hidup aku selama 22 tahun ni, hanya ada dua orang yang boleh buat aku diam bila dia buka mulut, iaitu Abi Dzar dan.. Hmm, sebenarnya dia seorang je kot, sebab yang lagi sorang tu dia dah buktikan yang dia tu hanya pandai cakap je. Tapi cakap tak serupa bikin. Alaah, bagi aku lah kan, kacak macam Tom Cruise pun belum tentu boleh buat aku cum pun kalau tiada ilmu. Beauty with brain-lah kan, bak kata nenek aku.


Baru-baru ni kami ada buat satu program di Matrikulasi, untuk brainwash kan budak-budak sana betapa mereka semua perlu ubah persepsi mereka tentang IT & Computer Science, mereka ada minta pendapat, agenda apa nak dibuat disana. Aku cakap, tolong bagi session with Abi Dzar, plss. Itu sahaja. Bagilah dia masa 15 minit untuk bagi speech, sumpah aku sanggup korbankan hujung minggu waktu bersosial aku untuk dengar moral speech dari dia. Hebat tak aku?


Berbalik kepada apa yang membuatkan aku kagum dengan beliau. Simple. Dia punya pemikiran yang completely different from us. Dia boleh fikir apa akan jadi pada kita, 10-20 tahun akan datang. Dia boleh jawab soalan-soalan crucial yangmana kadangkala lecturer pun tak dapat nak jawab, relevan apa jawapan kepada sesuatu persoalan itu. At the age of 24, ketika masih di tahun akhir pengajian, dia buktikan yang dia mampu promote himself dalam industry. Dia selalu tekankan, betapa pentingnya promotion of ourselves in any mean. Dia cakap, do you think you 4.0 cgpa is enough? Macam aku cakap, itu tak penting. Dia boleh buat lecturer semua kenal siapa itu Abi Dzar Jaafar dan dia juga sudah berjaya buktikan beliau mampu jadi seorang researcher dalam bidang teknologi ni. Dia selalu suruh kami fikir, tak sakit hati ke lihat semua teknologi dicipta oleh Jewish? Fak. Aku tak suka bila dia buka mulut, sebab masa tu mesti aku keep on akan cakap betapa bodohnya diri aku ni.

Dia selalu tekankan, the most important think in your life adalah untuk grab setiap opportunities yang ada depan mata. Gunakan. Atau kata-kata dia yang lain yang aku tak akan lupa ialah, "If you're a loser anywhere you go you ARE a loser. Cgpa mean nothing"

Kalau kau bagi aku dua lelaki satu kacak dan jambu gila macam ni, dan satu kurang kacak dan apa sajalah words untuk lelaki kurang hensem macam ni,


Aku tetap akan pilih yang no dua, kalau dia boleh buat aku impress dengan kata-kata dia. Hmm, apa-apa sahaja lah. Topik bebas. HAHA.

Haih. Macam mana lagi ya aku nak desribe dia ni. Susah lah. Susah gila. Rugi betul kau semua tak kenal siapa dia ni. Hilang satu nikmat hidup ni. Tapi dia dah kahwin lah. Sorry girls.


-------------------------------------------------------------------------------------

Abi,

Tolong bagi saya satu jam lagi motivational speech, pls?

3 comments:

Anonymous said...

Tom Cruise pun belum tentu boleh buat aku cum pun kalau tiada ilmu --> ilmu utk buat mmg la boleh..hahaha

Anonymous said...

Tom Cruise pun belum tentu boleh buat aku cum pun kalau tiada ilmu --> ilmu buat cum ada mestilah boleh....

Marina Ina said...

yeke? tak juga kot. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...