Aku rasa untuk coretan kali ini bermakna dah lebih 3 kali aku cerita pasal mimpi.
Malam tadi aku mimpi lagi. Sebenarnya lepas sahur lah kalau tak silap. Elok lepas sahur dan subuh aku pun sambung projek baik di bulan puasa ni. Orang kata tidur pun ibadah juga, kan?
Entahlah, aku pun tahu kenapa aku mimpi 'dia'. Aneh betul.. selepas setahun, memang aku haramkan kotak fikiran aku untuk sebut walau sepatah namanya, apatah lagi untuk membenarkan wajahnya menghiasi tidur aku. Namun tidak kali ini.
Aku tak pasti. Orang cakap, bila kita terlalu fikirkan sesuatu secara dalam, secara automatis ia akan memberi kesan kepada waktu tidur kita. Tapi jujur aku cakap, tidak. Tidak langsung aku teringat akan 'dia'. Tapi pagi tadi. Babi betol. Aku cuba nak lupakan mamat yang pernah menghancurkan hidup aku tu. Efeknya bukan aku rasa masa tu sahaja, sampai sekarang pun masih tegar lagi. Tengok betapa kejamnya dia di mata aku. Tapi aku kadang-kadang bodoh, kan? Suka nak berharap pada benda yang memang aku yakin tidak akan jadi.
Dalam mimpi tu, dia seolah-olah memberi harapan pada aku. Hmm, tentang sebuah perhubungan. Tapi seperti yang aku pasti, dengan aku dialog yang biasa dilontarkan adalah "I tak suka komitmen" padahal sebenarnya belakang aku dah ada steady girlfriend empat tahun lamanya. Bodo betul lelaki macam ni. Guna paras rupa untuk enjoy dan have fun. Macam cerita cerekarama malam tadi. Macam gampang wei lelaki macam ni. Memang sewenang-wenang guna hak sebagai khalifah untuk perbuat segalamacam lahanat terhadap perempuan dimuka bumi Tuhan ni. Tak adil betul dunia ni kadang-kadang.
Aku pun tak faham apa bangang mimpi tu malam tadi. Yang aku paling pasti adalah benda tu tak akan berlaku. Iya lah dah bersayang-sayang balik dengan steady girlfriend dia dan sekarang aku dengar cerita dapat pulak spare part baru. Kekasih sebenar tak nak kacau, stok bini katanya. Bodo bodo.
Geram betul lah.
Aku mungkin tengah bosan sangat sekarang ni gamaknya. Aku cuma harap dapat duduk rumah sewa masa aku kerja nanti. Tolonglah pls.
No comments:
Post a Comment