20090810

The late filmmaker and storyteller

Cerita Satu

Aku terpanggil untk menulis tentang ini setelah membaca entri kak fynn tentang Allahyarham Yasmin Ahmad. Jangan risau, kau tidak akan membaca ayat-ayat klise macam "aku memang minat sangat-sangat dia". Untuk peminat iklan-iklan hasil garapan dan ide beliau, aku yakin, nama beliau tidak akan lekang dibibir mereka.. Aku? Biasalah, suka-suka juga..tak suka tak suka juga. Ada filemnya yang aku suka, ada yang sampai sekarang masih belum tahu moralnya..Tetapi tentang iklan, aku boleh bagi sepuluh-bintang; penuh.


Tadi, aku tak tahu dah nak buat apa dengan internet, aku pun google lah yasminthestoryteller tu. Sebelum arwah meninggal pun, pernah lah sekali dua aku membaca tulisannya. Tadi aku buka lagi. Alah, biasalah mana tahu ada komen-komen-klise-selepas-mati seperti:


"R.I.P, kak min"
"You are the gr
eat!"
"Going to miss you
" Etc..

Tapi disebabkan di blog itu tak ada kotak chat dan komen pula perlu dimoderasi, lantas tak adalah komen-komen terbaru. Yang membuat aku terharu, kak min ini sangatlah down to earth. Sesiapa sahaja yang memberi pandangan, komentar, pujian atau kutukan, satu persatu akan dibalasnya. Teringat pula kepada orang-orang biasa yang berlagak popular (dengan pangkat apa sekalipun) sama ada mereka;

1. model terkenal di Malaysia(walhal baru shorlisted Dewi Remaja),
2. pemuisi terkemuka,
3. ahli band-band rokstar,
4. penyanyi lagu se-single dua,
5. pelakon, ekstra dan sebagainya

Mereka tidak akan pernah balas. Jika ada pun satu dua.. Mungkin rasa tulisan/balasan komentar mereka terlalu 'mahal' untuk pembaca yang tidak sama taraf dengan mereka gamaknya? Bodoh. Tak comel langsung.. Belajarlah cara lain untuk 'angat' diri sendiri..Ingat, kau semua kosong tanpa penyokong. Usah terlalu angkuh.


Yasmin Ahmad, sangatlah moderate orangnya. Menerusi karya-karyanya serta pulisannya (yangmana aku juga baru tahu menafsir) kita sendiri akan nampak bertapa zuhudnya arwah ini. Ungkapan dari tulisannya seperti Allah the great, God Bless, Alhamdulliah, InshaAllah, terima kasih dan sebagainya membuatkan kita selesa ingin mengenal wanita bernama 'besar' ini.. Belajarlah sesuatu, ya?


Mari kita lihat komentar aneh ini:


1. Hebat lah mamat tu, dah predict apa yang bakal terjadi beberapa minggu selepas dia hantar komentar itu, wa saspek sama lu la.;
2. Yasmin Ahmad -- tetap down to earth
3. Memang, selepas ini dapatlah arwah Datuk yang mamat atas ni cakap.
4. Quotes bawah sebelum ending tu..very-the "Anugerah Khas PPFM" la! HAHA

YES, not prabably -- its nothing.
Because she's dead.
Already.

Komentar mamat sepet tu, rentetan bacaan beliau terhadap salah satu entri Yasmin Ahmad. Di dalam isinya ada menyebut;


"Then just last year, the 21st TIFF gave Muallaf a Special Mention in the Asian-Middle Eastern section, while here at home, it was facing a possible ban."

Itulah kronologinya.


Cerita Dua


Sewaktu aku google storyteller ini, ada satu laman web ni betul-betul mengejutkan aku..



Klik untuk besarkan. Kalau tak nampak lagi dia tulis ini:

Title the storyteller
Description
Daily Pageview 1663
Daily Ads Revenue $7.23


Gempak tak? Sikit lagi nak setanding pemergian MJ ni..Gila-lah! Boleh buat duit sebernarnya kita ni walaupun dah tak ada lagi..Kalau MJ, DVDnya aku tengok dekat stor muzik harga hampir cecah 50 ringgit sekeping, walhal lagu-lagunya boleh saja kalau nak dimuat-turun. Kalau lah ada 10 orang buta IT di Selangor cd tu darab dengan 13 negeri di Malaysia darab dengan berjuta-juta negara dan pulau didunia, perghh. MJ boleh jadi "billion-nair" (ala-ala sebutan Saipul Apek dalam cerita Jutawan Fakir) dalam kubur..

Tapi itu MJ, kak min pula?

Mari-mari, kita tengok channel Astro 110, YADK (Yasmin Ahmad Dalam Kenangan)
Kita lihat royaltinya,

Agak-agak, kita mati nanti ada sesiapa mahu google tak?

+__+


*Alfatihah kepada Allahyarham

6 comments:

Bukan Sepet said...

Terima kasih Marina Ina.

Aneh, Hebat - rasanya bukan sesuatu yang saya harapkan dari komen tersebut...

Jujur lebih tepat. And I'm right, right? Sadly... Tengok ajalah pengiktirafan yang di "tabur" pada allhyarham kak min sekarang?

Kita ada ramai lagi bintang. Iktiraflah mereka semasa hayatnya, bukan selepas dia pergi. Itulah niat sebenar saya semasa memberi komen tersebut pada Kak Min mudah mudahan adalah pihak yang berkenaan baca dan bertindak, manalah tau...

Dan memang pun.
Orang baca pun.
Lepas Kak Min pergilah...

hmmmh... Al-fatihah again untuk Kak Min.

Thanks Marina.

Azizulhakim Salleh said...

gile ah,
terer betul mamat bukan sepet tu.

Fareeza Suhaimi said...

Sad but true~She's so pure. Suke jugak baca penulisan dia walaupun kadang2 terlepas beberapa artikel.

She's into REAL PEOPLE. Not only the one with good looks. That's yasmin. Dia realistik walaupun kadang2 meragukan dari segi agama, nilai moral atau lari dari ciri-ciri bangsa melayu. You see, ppl think differently and her film shows her opinion about life, whether you like it or not - that's her perspectives.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

loq said...

turut sependapat dengan "bukan sepet"
Malaysia memang macam tu,masa dah mati baru nak dijulang-julang tinggi
entah bila mau berubah

Marina Ina said...

Budak: Betul, itulah negara kita, bangsa kita, rakyat kita.

1 Malaysia.
HAHA.

Jijul: mamat ni ada blaja ilmu kebatinan kot.

HEHE.

Fareeza: Ameen.. =)

Marina Ina said...

Budak: Betul, itulah negara kita, bangsa kita, rakyat kita.

1 Malaysia.
HAHA.

Jijul: mamat ni ada blaja ilmu kebatinan kot.

HEHE.

Fareeza: Ameen.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...