20090812

Relevannya mimpi

Mimpi.

Dahulu, sewaktu masih anak kecil, ibumu pasti akan berpesan sebelum tidur. Selain memaksa kamu menggosok gigi kuningmu (akibat terlalu gemar memakan gula-gula), ibumu pasti akan menyuruh kamu membasuh kaki, selain membaca doa tidur. Ibu bilang, cuci kaki jika tidak mahu rasa mimpi buruk. Cuci kaki jika jika kamu tidak mahu takut. Dek kerana takutkan akibatnya, dicampur pula naifnya kamu, suruhan itu diikut sahaja. Sehingga sekarang, walaupun sudah mendirikan rumah tangga atau sebaliknya, pesanan itu tetap tidak sekali diingkari.

Namun persoalannya, apakah signifikasi membasuh kaki sebelum tidur?


Kadang-kadang, jika tersedar dari tidur, yangmana malam itu kami bermimpi indah, pasti, kamu akan rasa, "benar kata ibu", tetapi jika sebaliknya? Apa pula alasan ibu?

Aku.


Mungkin sesetegah kamu tidak akan percaya. Saban malam tidurku diulit mimpi yang sangat memenatkan. Terlalu perih rasanya untuk menghabiskan satu malam yang dirasakan terlalu amat panjang..Haih. Sungguh la wei. Penat nak bagi orang percaya. Kadang-kadang bila cerita mesti respon yang aku terima


"Yeke, bestnye, aku tak pernah mimpi time tidur nak rasalah,"
""Seronok mimpi wei, aku pun teringin"


Bodoh.


Penatlah gila (secara imperatif), kalau kau tak percaya aku pernah mimpi sebegini, suka hati kaulah.. Tapi aku cakap betol lah wei. Sebab kalau kau pernah rasa sakit ini, sumpah. Lima minit pun kau takut untuk tidur. Kadang-kadang, mimpi tu seronok lah, kau jadi Oltromen atau kawin dengan Brat Pitt, tapi macam mana kalau kau mimpi main kejar-kejar dengan penjahat? Main polis sentri want to jaga ke, atau kau kayuh basikal pancit di padang pasir sebab mak kau suruh beli belacan. Babi. Memang penat dan aku pasti akan rasa bad mood tiga jam berturut-turut selepas aku bangun pagi..Jangan pernah tegur aku. Sumpah. Sangat tidak relevan pesanan mak aku itu.


Ada orang boleh mentafsir mimpi. Tetapi sejauh mana kebenaran mimpi itu? Kalau aku sendiri, mimpi-mimpi bangang abad ke 21 ni ada lah, tetapi tidak pulak pernah aku rasa mimpi aneh sperti bertemu Rasulullah(PBUH), mimpi nombor ekor dan sebagainya. Baiklah, bagi sebab nombor satu, tidak pernah bermimpi bertemu nabi, adalah mungkin kerana aku tidak layak dan bukan alim ulama'.


Menurut pembacaan aku, mimpi pertama didunia ini ialah mimpi Nabi Yussuf. Setelah dia menceritakan mimpinya kepada bapanya, bapanya berkata,

"Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata." (12:5)

Satu pelajaran diperolehi daripada ayat tersebut iaitu mimpi tidak diceritakan kepada orang lain. Sebabnya ialah syaitan yang akan menurutinya dengan tipu muslihat.

Apakah yang dimimpikan Nabi Yusuf? Ayat yang di bawah menjelaskannya:

"Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya.'" (12:4)

Dia bermimpi akan penghormatan yang diberi kepadanya pada masa depan. Itulah yang disuruh oleh bapanya agar dirahsiakan. Bagaimana pula dengan cerita mimpi orang-orang alim yang bertemu rasul Allah yang sudah diketahui umum kian lama? Tentu ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Mimpi diertikan juga daripada perkataan hadis, seperti yang digunakan dalam ayat berikut. Daripadanya juga, difahamkan iaitu interpretasi mimpi diajar oleh Allah. Di sini ia diajar kepada Nabi Yusuf. Firman-Nya,

"Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu (Yusuf), dan Dia mengajarkan kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu" (12:6)

Interpretasi bagi mimpi Nabi Yusuf itu adalah seperti yang dicatat di bawah:

"Dan dia (Yusuf) menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, 'Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar.'" (12:100)

Dua pemuda

Mimpi yang kedua, di dalam surah Yusuf, ialah apa yang dimimpikan oleh dua orang pemuda, yang bersalah, yang masuk ke penjara bersama Nabi Yusuf. Ayat yang menjelaskannya berbunyi,

"Dan masuk ke penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, 'Aku melihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur).' Berkata yang lain, 'Aku melihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik.'" (12:36)

Daripada ayat itu difahamkan bahawa nasib seseorang boleh diberitahu dalam mimpi. Nasib kedua-dua pemuda tersebut dijelaskan di dalam ayat berbunyi,

"Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu meminta keputusan kepadaku." (12:41)

Seorang akan diselamatkan, manakala yang lagi satu akan dihukum bunuh. Itu sebenarnya adalah rancangan Allah supaya pemuda yang diselamatkan itu akan menyelamatkan Nabi Yusuf daripada penjara.

Raja

Mimpi yang ketiga, dan yang terakhir berbunyi,

"Dan raja berkata, 'Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.'" (12:43)

Begitulah bunyi mimpi seorang raja terhadap negaranya. Ia memberitahu sesuatu yang akan melanda negaranya, dan cara untuk menanganinya. Interpretasinya didapati dalam ayat-ayat berikut:

"Berkata (Yusuf), 'Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.
Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.
Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.'" (12:47-49)

Lalu masalah yang melanda negara Mesir ketika itu dapat diatasi setelah raja menceritakan mimpinya dan Nabi Yusuf memberi interpretasi yang tepat.

Mimpi-mimpi yang disebut di dalam al-Qur'an itu tentu mengandungi pelajaran yang baik bagi semua. Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam.

Nabi Yusuf telah dirahmati Allah dengan kemahiran dalam mentafsirkan mimpi. Ia adalah satu daripada pemberian Allah kepadanya. Mungkinkah pemberian yang sama diberi kepada hamba-Nya yang lain, yang beriman?

Tetapi disini, apakah pula signifikasinya mimpi bodoh aku ni?

dan,

mimpi-mimpi aku yang lain.

Kau mahu cuba?
Mahu rasa?

Mari, jadi kawan baik aku,
Dan pada ketika itu, kau akan rasa bagaimana aku rasa.

Betul.
Jangan tidak percaya.

4 comments:

MagnusCaleb said...

saya pasti bermimpi biar terlelap 20saat di dalam LRT, *sigh*

Marina Ina said...

Saya pon pernah bro. tu pun sebab letih sangat. HEHE

kueh bakar said...

aku rase...

org dulu2 tak pakai selipar...
kaki kotor...tempat tido kena bersih..tu pasal kena basuh kaki dulu sebelum tidor...

tempat bersih tidor pun nyamannn...

aku rase laaaa...

Marina Ina said...

eh. logik la. aku setuju!! sepuluh markah untuk kueh bakar! AWW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...